Tak Perlu Habiskan Antibiotik

Assalamualaikum. Rasanya sejak dewasa (baca mampu pergi tanpa mak/abah) pergi ke klinik setiap kali sakit dan dapat ubat, doctor akan remind untuk habiskan Antibiotik.

Biasa kalau demam contohnya, kalau hari ke tiga masih demam dan suhu tinggi kebarangkalian nak dapat  Antibiotik adalah tinggi.


Tak Perlu Habiskan Antibiotik

Aku selalu bermasalah nak makan dan habiskan ubat ikut jadual doctor. Makan ubat bila betul-betul tak larat je. 

Tu sebab kalau dapat Antibiotik aku selalu tak makan langsung. Doctor selalu pesan Antibiotik kena habiskan.





Tak boleh makan separuh nanti jadi penyakit dalam diri. Selama berbelas tahun la rasanya ingatan tu kekal dalam otak aku. 

Sampai lah sekarang aku dah jadi mak sekarang ni aku rasa pesanan doctor masih terpahat di otak.
TAPI…..Bila baca artikel dekat berita Harian Online tadi terus usap muka.


Pakar Sahkan Tidak Perlu Habiskan Antibiotik

Pakar Kata TAK PERLU HABISKAN ANTIBIOTIK  Baca lanjut kat sini

PARIS: Sekumpulan pakar penyakit di Britain mencadangkan supaya amalan menghabiskan antibiotik dihentikan kerana ia adalah antara punca masalah peningkatan rintangan ubat.

Dah nama pon PAKAR mestilah banyak kajian mereka buat kan?

Lepas tu jumpa pulak artikel pasal Pengamal Perubatan yang tamak (banyak penyakit disebabkan virus tapi diberikan Antibiotik, hanya penyakit yang disebabkan Virus sahaja dirawat dengan antibiotik) dan ayam yang dicucuk dengan Antibiotik untuk menggalakkan pertumbuhan.

Nak untung punya pasal, cucuk ayam lepas tu manusia makan ayam yang terima akibatnya.  

"Antibiotik ini bukan saja tidak menyembuhkan demam, malah ia akan menyebabkan bakteria dalam badan menjadi kebal dan apabila bakteria ini menjadi penyakit, pemberian antibiotik tidak lagi dapat membunuh bakteria berkenaan,"

Pengambilan antibiotik secara berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti ruam, muntah, fungsi buah pinggang menurun dan mengganggu fungsi hati, selain berlaku interaksi antara ubat yang tidak bersesuaian dalam badan.

Boleh baca lebih lanjut kat artikel ni   Berita Harian Melaporkan

Jaga diri, jaga kesihatan semua. Anugerah kesihatan la paling berharga. Zaman ekonomi gawat ni semua pihak akan letak keuntungan no satu. 

Dah tak kira betul ke salah. tu semua campak tepi. Bukan jatuhkan hukuman untuk semua tapi kebanyakkannya macam tu la.

Moga kita semua dilindungi.