Assalamualaikum.
Ko taw pagi ni kemain
lapar rasa nak telan gajah kasik cepat kenyang. Tapi lepas minum nescaffe
ais terus perasaan lapar tu berlalu pergi. Memang dari dulu tabiat
ada ketagihan minum nescaffe ais di waktu pagi. Bila dapat minum tu
pergh..
Rasa macam sel-sel otak
bercantum terus emosi tak terkawal. Kau tahu perasaan jadi
hyper active?? Bila rasa perasaan tu nak
meletup kat dada. Terlebih gula/manis
agaknya.
Minggu lepas aku tak tahu
mana silapnya. Gatal-gatal eczema ke?
Menyerang. Habis merah gatal-gatal
di muka, bintik di tangan dan kaki. Menyirap je nak garu.
Ketagih Minum Nescaffe Ais Waktu Pagi
Ingat tak ada yang
perasan tapi ada dah yang tegur pagi tadi. Terasa artis sangat. Mungkin gabungan hormone
nak period pun bergabung maka terhasil lah. Muka gatal nak garu tapi
hati meronta kata jangan.
Sesambil google pasal
eczema google la jugak kesan minum nescaffe: Sumber Saripetua
Prof Suhaila Mohamad dari
Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata
kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan).
"Bagi orang dewasa
pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein
akan kerap membuang air kecil," katanya.
Kesan pengambilan kafein
yang sedikit:
1.Mengganggu corak tidur.
2.Meningkatkan degupan
jantung.
3.Meninggikan tekanan
darah.
4.Kerap membuang air
kecil.
5.Tangan terketar-ketar
perlahan.
6.Kurang selera makan.
Kesan pengambilan kafein
dengan jumlah yang banyak:
1.Resah dan gelisah.
2.Sukar menumpukan
perhatian.
3.Sakit kepala.
4.Sukar tidur.
5.Keliru dan kadang-kala
berhalusinasi.
Kafein dalam pemakanan:
Secara umum kafein lebih
banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ubat-ubatan
(3 peratus).
Fakta:
- Kafein adalah
sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji
benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah
makanan.
- Kafein dikategorikan
dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat
lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebabkan peningkatan dalam
degup jantung dan sifat waspada (alertness).
Kebanyakan orang yang
sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.
Ada dalam daun teh, biji
kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan.
Lepas baca info kat atas
ni terus macam angguk-angguk sendiri. Harap menambah ilmu korang jugak.
Apa pun kalau nak benda
ber caffeine janganlah over. Yang teruk diri sendiri ok.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.