Assalamualaikum,
Ok walau dah lambat dan memang dah lepas pun Sambutan Hari Guru kat sekolah Ikhwan tapi aku masih gigih nak mencari hadiah untuk cikgu Ikhwan.
Memang busy teramat bab nak cari hadiah ni.
Ilham tu nak muncul susah. Tadi masa lunch sempat singgah beli hadiah yang aku rasa praktikal kalau kasik cikgu Ikhwan.
Kalau aku jadi cikgu dia aku suka je sebab semua benda aku boleh guna.
Aku beli bunga clip, beg plastic kot nama dia dengan kotak kayu. Walau murah tapi aku rasa ohoi puas hati kalau dapat.
Hadiah Sempena Hari Guru
Ikhwan mesti senyum simpul kalau aku bagitahu nak suurh bagi cikgu ni.
Dari tahun lepas niat nak sedekah makanan kat sekolah Ikhwan tapi masih belum ada rezeki. Moga Allah mudahkan cara aku nak bersedekah.
Aamiin.
Alhamdulillah Ikhwan ditemukan dengan cikgu-cikgu yang baik. Yang ambil berat pasal perkembangan dia.
Anggap macam anak sendiri pulak tu. ikhwan tu cikgu ingat sebab dia mulut becok.
Pastu kalau balik sekolah Ustaz suka borak dengan dia. apa la dia cerita pasal rumah kat Ustaz agaknya. Jangan yang bukan-bukan sudah. Naya.
Apa pun Jasa Cikgu memang tak terbalas di dunia. Ilmu yang dicurahkan tu di amalkan sampai dewasa begitu besar pahalanya.
Selamat hari Guru untuk semua Guru di seluruh dunia. Baik yang rasmi nya seorang guru atau guru jadian macam suri rumah tu.
ahaks.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.