Eczema Journey Dan Menuju 1 Tahun Raudah
Lompat
bintang 10 kali. Alhamdulillah
lagi 2 hari Raudah genap satu tahun. Menuju 1 tahun yang penuh dengan liku. 20
May 2017. Jauh lagi perjalanan in sha Allah. Bersyukur
di atas segala rezeki yang Allah kirimkan. Perjalanan
membesarkan Raudah walau baru nak menapak 1 tahun amatlah mencabar.
Kerana
pertama kalinya menjaga anak yang ada eczema. Semua
yang Allah aturkan cukup cantik Alhamdulillah. Kalau
masih ingat aku mula berkongsi pasal Raudah kena Eczema pada Nov 2016. Mula start
teruk pada usia 5 bulan.
Perjalanan Raudah Sakinah
Kali ni
aku nak kongsikan dan recall balik perjalanan untuk setiap entry yang aku
pernah tulis:
Nov 2
2016, Raudah di sahkan Eczema oleh Pakar Kanak-Kanak Taman Melawati. Menggunakan
sepenuhnya Steroid dan waktu ni masih buta pasal Eczema dan bahaya steroid.
Nov 7
2016, tak sanggup tengok anak sengsara berkenalan dan jumpa Doctor Kevin di
Klinik Mediviron.
March
6 2017, dari Nov16 ke tarikh ini telah beberapa kali beli cream dari Doctor
Kevin. Kesihatan Raudah ok sehingga kami jadi lalai dalam menjaga Raudah. First
time handle anak kena serangan eczema, more to food allergic.
March
16 2017, cuaca Malaysia sangat la panas dan cuaca adalah factor terbesar Eczema
datang semula. Masa ni mental up and down sebab kalau Raudah selesema confirm
dia akan jadi kuat menggaru dan eczema dia pon naik sekali. memang non stop dia
selesema
Mar 17
2017, mental down habis. Sebelum tu dah berjinak-jinak dengan pembacaan pasal
bahayanya Steroid dan cuba tak mahu nak bergantung dengan ubat doctor dan rawat
secara semulajadi. Tapi beli semula cream doctor bila rashes tak elok jugak.
berair.
March
20 2017, join group sokongan eczema di FB. Mula kenal ramai penjual dan pesakit
eczema. Mula start membaca lebih lanjut dan banyak dihujani penjual cream
eczema homemade.
Apr 2
2017, beli Habibi oil tapi tak beri kesan pada Raudah, dan ada kenalan FB yang
suruh cuba Lafiera Serum. Pun saiko gila orang-orang yang approach. End up
semua aku tak percaya.
Apr 08
2017, mencuba Minyak dari Dubai. Mahal tapi nak sihat punya pasal. Sebab tak
mampu maka cuba sebotol je la.
Apr 13
2017, minyak TheMajlis dah nak habis dan dapat idea nak cuba habbatussauda. Tahu
tentang full moon dan banyak lagi.
Masih
belum berkesempatan nak review pasal minyak Habbatussauda tapi yang pastinya
aku suka. Alhamdulillah. Harap yang baca dapat manfaat. Aamiin.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.