Hai
semua. Hari ni nak share pasal Rawatan Sonotron untuk hilangkan kahak anak
bongsu yang berumur 11 bulan tu.
Raudah dah selesema hampir tiga minggu. Bila dia
batuk atau pagi-pagi bernafas ada bunyi kahak tu. Kami dah bawa ke klinik dan macam biasa doktor berikan ubat cecair.
Walau selesema,
suhu tak panas mana tapi masih lagi pantau. Risau yang lebih serius je. Raudah takut nak jumpa doktor.
Dia alami trauma, takut dengan Doctor sebab masa dia umur lima bulan dia selesema masa tu bawak
jumpa pakar kanak-kanak, doctor tu buang hingus dia guna baby nose cleaner.
Tapi yang tak seronoknya cara doktor tu handle dia agak kasar dan tak ada sentuhan 'kanak-kanak'. Meraung la Raudah takut.
Terapi Sonotron Untuk Bayi Berkahak
Meraung
dia, kemungkinan sakit atau dia panik sebab doctor pegang kuat. Itu trauma
kedua, trauma pertama dulu dia pernah ambil nebulizer dalam 15minit, menangis,
meraung mintak tolong kat abah dia tapi abah dia tak dapat tolong la kan?
So
sekarang setiap kali jumpa doctor hatta hanya check degupan jantung Raudah akan melalak bagai nak rak. Betul-betul takut.
Ok
back to Sonotron, aku pergi on Saturday at 11.00a.m. Dah call makes appointment
on Friday sebab kalau terus terjah memang kena tunggu lama.
Sampai je terlambat
15minit jadi kena la tunggu jugak. Tapi tak lama, so dia dahulukan orang yang
ada appointment ok. penting tu.
Untuk
Raudah sesi nya adalah 30 minit yang aku rasa kejap ya amat. Hahhaha lupa nak
tengok jam. Sebelum buat dia kata nanti kahak akan keluar melalui najis atau
muntah.
Dia mulakan rawatan, halakan alat tu ke dada, kemudian hidung, bawah
ketiak kiri dan kanan, leher dan last sekali bahagian belakang. Setiap tu 5
minit kalau tak silap.
*dia pesan untuk sementara waktu pantang makan kentang, coklat dan segala jenis buah. Aku hanya angguk tanda setuju.
*dia pesan untuk sementara waktu pantang makan kentang, coklat dan segala jenis buah. Aku hanya angguk tanda setuju.
Awal
–awal Raudah tak panik masa halakan ke bahagian hidung siap nak jilat lagi ok.
lepas je di bahagian leher terus melalak macam kena cubit. Padahal tak rasa apa
pon. Manja sangat ni.
Untuk
30minit rawatan kami dikenakan charge RM30. Masa pergi tu ramai yang demam
selesema ya. Kebanyakkan anak-anak umur 12 tahun kebawah. So far selepas buat
rawatan aku tak ada dengar kahak dia bunyik lagi.
Tapi
memang kena buat lagi. Sekali je mana nak nampak sangat keberkesanan dia. apa
pon kita cuba ok. selagi boleh elak makan ubat kita elak la.
Ok
untuk siapa nak pergi buat sila la call book appointment. Address kau waze aje.
Kat Sri Gombak.
Pusat Terapi
Sonotron Shafa
+60 3-6189 0757
57, Jalan SG
3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Ini mesin dia, then alat yang dia halakan tu sebijik hair dryer. berbunyi agak kuat. seeloknya pergi berdua, sorang pegang anak seorang tolong tarik perhatian dan tenangkan anak.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam