Pengalaman Berniaga di Hari Sukan Sekolah

Hai semua. Sabtu minggu lepas aku cari pengalaman buka gerai sempena hari sukan sekolah tadika anak buah aku bertempat di dewan Ampang Jaya Taman Cempaka.

Tempat sama anak sulong aku, Ikhwan Hafeez sukan sekolah tahun lepas. So agak familiar dengan kawasan tu mudah la nak plan apa patut di jual pada hari tersebut.

Acara sepatutnya start pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12.00tengahari. yang seronoknya aku tak berniaga seorang diri. Aku ajak biras aku berniaga sekali.


Pengalaman-berniaga-hari-sukan-sekolah


Pengalaman Berniaga di Hari Sukan Sekolah

Untuk tapak berniaga, pihak sekolah kenakan charge RM60 termasuk la untuk kerusi dan meja berukururan 7x3 kaki tidak termasuk bekalan elektrik.

Tapak niaga dia bagi betul-betul di luar dewan atas kawasan berumput. Untuk kedudukan tapak / meja siapa datang dulu dia dapat meja pilihan hati.

Alhamdulillah biras aku sampai dahulu jadi dia pilih meja paling startegik iaitu di tengah-tengah. Sampai awal je terus set up meja.

jualan-hari-sukan-sekolah


Susun makanan apa yang patut. Macam biras aku dia ada buat; cheese & chic sandwhich, sardine roll, karipap ayam, kentang & telur puyuh, bihun goreng, kuih bakar jagung & pandan, dan muffin chocolate.

Alhamdulillah semua habis kecuali kuih bakar tinggal beberapa bekas. Aku pulak buat ice cream Malaysia (sumi). Dan aku sengaja pamerkan Jus Bidan Dara & Norahwax.

Tujuan utama aku nak biasakan diri dengan persekitaran macam tu. nak buang sifat malu. Nak ke depan. Nak tingkatkan keyakinan diri. Amboi banyak kan tujuan. Alhamdulillah seronok sangat.

Hari-Sukan-sekolah

Norah dan Jus Bidan Dara tak terjual langsung ok, sebab aku langsung tak promote. Dan ice cream sumi aku habis. Yeay termasuk yang cair aku buat sebagai display. Aku sempat buat 40 batang sahaja. Ok la pulang modal dan sedikit untung.

 

Perkara Perlu Tahu Berniaga Hari Sukan Sekolah

Nak share apa patut korang fikirkan kalau korang nak join meniaga di hari sukan sekolah.

Tempat/tapak jualan

Malam sebelum tu hujan jadi tanah memang habis becak, ada peniaga yang terpaksa keluar dari kawasan bawah khemah cari tapak baru.

Alhamdulillah sepanjang hari sukan berlangsung cuaca cerah dan sedikit panas.

Jual Apa?

Kena tahu target market siapa yang akan datang. Sepanjang aku duk meniaga situ, yang buat keputusan nak beli apa adalah BUDAK-BUDAK kecik tu. ibu bapa akan tanya anak nak makan apa. Ikut selera anak. 

Jadi nak jual kena jual apa BUDAK-BUDAK/KANAK-KANAK suka. Yang menarik perhatian mereka.

Sedikit tambahan; makanan yang selalu dicari, nasi lemak dan sandwhich, karipap tu memang orang suka. Ada juga yang cari air panas, tapi tak perasan pula ada yang jual atau tak ada.

Packaging makanan

Lagi bagus cari yang lutsinar, yang nampak makanan tu. Tak perlu isi dalam kotak sebab orang ingat harga makanan mahal.

Orang takut nak beli dan malas tanya. Aku perasan hanya gerai aku je yang letak papan menu. Membantu ya. Selain cantik membantu untuk tarik perhatian pelanggan.

Harga

Jual makanan pada harga murah semestinya akan buat orang beli tapi jangan sampai kita rugi. Kalau kos agak tinggi kena bijak main harga.

Jual menu berat (Nasi bajet, Nasi Gulai Kawah, Spaghetti)

Nak jual menu berat boleh tapi kalau acara sukan habis awal sebelum waktu tengahari potensi makanan tidak sempat habis dijual tu tinggi.

Ice Cream

Ice cream aku mula terjual agak lambat jugak. Pagi mana ada orang nak makan ice cream. Tunggu cuaca panas baru orang akan cari. Yang penting kena ada start makan. Lepas makan baru orang nampak dan orang cari.

Kalau jual ice cream macam aku sila la buat signage atau lukis atau bagus ada loceng nak panggil orang beli. 

jual-aiskrim-sukan-sekolah


Aku perasan gerai lain ada jual ice cream Malaysia juga tapi dia letak dalam bekas putih ice box tanpa ais batu. Risiko dia ice cream cair dengan cepat.

Makanan Unik

Makanan yang jarang aku jumpa tapi ada dijual hari tu ialah ice cream macaron berharga RM6. Tapi tak banyak mana pun aku tengok terjual. Tak nampak orang makan. 

Ada yang jual biskut kapit, berus gigi, Tupperware, makanan otak untuk pelajar seperti kismis dan madu.  Sambutan tu suam-suam kuku je bagi aku.


Pengajaran & Kesimpulan Berniaga Hari Sukan Sekolah

Itu sahaja kot aku boleh share. Kalau tanya kuantiti nak jual, aku tak dapat jawab specific bergantung apa jenis kau nak jual. Kalau karipap ok kot 100biji. Tengok crowd jugak ok.

Memang hari tu aku banyak buat pemerhatian sebab dah tanam dalam otak aku nak ambil pengalaman dan tengok citarasa pembeli.


sukan-sekolah-anak


Bersyukur sangat aku dapat pengalaman yang aku rasa amat berharga. Banyak perkara aku belajar. Nak jadi penjual mulut kena ringan, muka kena senyum.

Oh aku ada dapat pembeli, budak sekolah bila nak beli mata dia pandang ke lain tapi mulut kumat kumit mintak karipap RM2. Pon boleh la dik asal kau beli.

Malu dengan aku agaknya. 

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.