Journey merawat Eczema Raudah Sakinah. Dalam perjalanan yang belum pernah kenal putus asa nak sihatkan anak.
Apa sahaja cadangan yang aku rasa logik dan selamat aku akan cuba. Kali ni aku cuba rawat dengan Minyak The Majlis.
Sesungguhnya kesembuhan itu dari Allah. Entry yang sudah - merawat Eczema Baby Hari kedua selepas sapu minyak TheMajlis.
Aku tak menolak rawatan klinik, aku dah bawa jumpa doktor pakar kanak-kanak tapi aku tetap ikhtiar cara lain supaya Raudah cepat sembuh.
Hari ke 2 sapu Minyak The Majlis (Eczema)
Pagi
tadi tiba-tiba siku Raudah timbul gatal. Kembung
bintat macam kena ulat bulu tu.
Entahlah
tak tahu kenapa. Malam
sebelum tu aku makan mee goreng rencah udang. Dia
garu sempat la berdarah sikit. Hoi
nipisnya kulit kau nak.
Mencuba Minyak The Majlis
Terus
ambil minyak TheMajlis goncang botol dan selawat tiga kali dan sapu. Minyak
tu wangi, berangin.
Alhamdulillah
bengkak tu terus surut. Gatal
tak teruk tapi masih garu sikit-sikit. Lega. kalau kebiasaan mahu kena tidurkan atau kena sapu cream doctor dan paling teruk bagi ubat makan.
Sedikit
tips –
Masa
Raudah tiba-tiba diserang gatal bengkak ulat bulu (syak tersalah makan,
pengasuh suap ice cream Keladi / aku makan kuah kacang malam sebelum tu)
pengasuh lap badan dengan air ice + lemon kemudian sapu badan dengan minyak
bawang putih.
Bengkak
and gatal surut. Boleh cuba kalau anak diserang gatal/eczema.
Memandangkan aku baru guna pada hari kedua dan aku rasa membantu maka aku rasa orang lain patut mencuba juga la minyak ni. Mana tahu serasi. Kita Ikhtiar.
Tentang Minyak The Majlis
- GMP Certified
- Import direct from Dubai
- Halal & di iktiraf
- Bebas Steroid, 100% natural
- Berangin dan wangi
Lanjutan tentang Minyak The Majlis.
Siapa patut ada minyak ni?????
Pesakit Psoriasis:
1. Kronik dan sakit bertahun-tahun.
2 . Kebiasaannya dihadapi oleh orang dewasa.
3 . Sakit diwarisi dari keturunan.
4 . Ciri-ciri adalah tebal, bersisik dan berwarna putih.
Pesakit Eczema:
1. Keadaan kulit tidak kekal dalam jangka masa panjang.
2 . Kebiasaannya dihidapi oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
3 . Dipengaruhi dari persekitaran.
4 . Ciri-ciri adalah kemerahan, bengkak dan gatal.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.