Mama Panik Baby Kena Food Allergy

Semalam adalah mood paling bahagia pada awalnya bila pagi tu suami bermurah hati nak ajak lunch luar. Yeay cuti masak. 

Cuti masak mean cuti basuh pinggan. Masalah betul bila cuti pinggan mangkuk tak pernah surut dalam sinki. Masalah aku je ke?

Ok berbalik kepada makan luar. Sebab dah plan nak makan di Seoul Garden maka harus la makan light sahaja semasa breakfast. 

Dengan niat nak makan banyak-banyak di sana. Semuanya amat smooth. Sampai lebih kurang jam 11.15 pagi. Jadi tak lengahkan masa terus masuk. 

Mama Panik Baby Kena Food Allergy

Bayar untuk dua dewasa, harga termasuk air + GST (RM81.00), suami kata mahal sebab hidden charge. Memang dia tak declare pun harga air etc. ok terbabas lagi. 

Sebab mahal kena makan banyak. Elok setel satu pusingan bakar dan rebus, masuk pinggan kedua, Raudah dah batuk-batuk menjerit nak tidur + gatal-gatal.


credit: https://www.allergyuk.org/childhood-food-allergy/food-allergy-in-babies-and-children

Masa ni belum panik. Fikir dia meragam nak tidur. Ok fine tolak stroller bawak jalan-jalan. Tapi tak jadi. Dia batuk non stop macam nak semput siap muntah lendir. Aik apsal muntah. 

Waktu ni dah mula cuak. Panic attack.  Jari Raudah dah start menggaru, kuat pula tu. Belakang telinga berdarah. Oh hoi. Takut.

Oleh sebab plan tolak stroller tak berkesan terus bawak ke kereta nak bagi kena aircond. Niat nak bagi dia sejuk dan calm saja. 

Kalau berpeluh pun memang Raudah tak boleh. Masa duduk dalam kereta baru perasan gatal-gatal dia naik. Satu badan, celah peha, bawah ketiak, telinga semua kembang. Macam kita kena ulat bulu tu. 


Non stop dia menggaru. Waktu ni perasaan sukar betul nak terangkan. Melibatkan nyawa ni memang menakutkan. Serius takut Raudah tak boleh proper bernafas. 

Call suami suruh habiskan makan dan nak pergi klinik. Masa ni Allah je la tahu takutnya kalau Raudah sesak nafas. 

Pasang aircond no 3 dan baca AlFatihah kuat-kuat. Tarik perhatian dia bukak lagu ABC supaya dia tak focus nak menggaru aje.

Niat nak jumpa Dr Kevin, sebab takut sesak nafas. Tapi klinik belum bukak, rehat untuk lunch hour. Patah semula ke kereta. Balik rumah.

Syukur waktu ni Raudah dah semakin stabil tapi masih menggaru. Oleh sebab ubat masih ada jadi kita pecut balik rumah. 

Sampai rumah bagi makan ubat itchy yang dapat last year then mandikan dengan air paip. Bukak kipas dan sapu cream & lotion dermaveen. Sapu tebal dari biasa. 

Susukan then tepuk-tepuk sampai tidur. Tidur atas peha setengah jam sampai kebas kaki, sebab kalau letak kat bawah Raudah terjaga. Masa ni dah sedikit tenang walau masa pakaikan lotion macam tengah berperang.

Apa Aku Buat?

Raudah dapat tidur dalam 2 jam. Alhamdulillah gatal dan bengkak surut. Ok sedikit tips kalau anak gatal akibat Eczema:

  1. Doa kepada Allah. Istighfar supaya diri tenang. 
  2. Jangan panic (tapi aku selalu panic), bawak jumpa doctor secepat mungkin.
  3. Halakan angin/aircond supaya anak tak panas berpeluh. Kalau aircond makesure apply lotion sekerap mungkin.
  4. Mandikan dengan air sejuk tidak terlalu sejuk. Air suam tak membantu. Itu kalau Raudah la. Dia serasi sangat dengan air sejuk/ais. 
  5. Jangan pakaikan baju atau pilih kain/baju yang tak buat dia gatal. Cotton seeloknya.
  6. Cuba tarik/alih perhatian dia supaya baby tak terusan menangis.
  7. Kena selalu positive dan happy supaya baby pon happy.

Oh, lepas keadaan aman damai baru aku terfikir yang Raudah tiba-tiba gatal-gatal tu sebab kami suap dia nasi goreng yang ada kat Seoul Garden tu. aku syak ada seafood dalam tu. or process food or apa-apa la. 

Mungkin udang, mungkin crab stick. Entah. Pendek kata kami gagal sebagai ibu bapa pada hari itu. Excited sampai lupa kat anak. Next time kena ingat.

Sedih. Ok bye.

Ulasan