Kematian Tu Tak Pernah Cepat Atau Lewat Walau Sesaat


Assalamualaikum. 

Perginya seorang bintang. Allahyarham Tan Sri Jins Samsudin. 

Kisahnya: Isteri dapat ilham nak beli cekodok pisang yang dijual sebab Cekodok pisang adalah kuih kegemaran arwah.

Pagi tu isteri belikan. Niatnya petang baru di beri makan.
Kasihnya isteri sebelum di suap makan isteri panaskan dan potong menjadi ketulan kecil.


Kematian Tu Tak Pernah Cepat Atau Lewat Walau Sesaat

Ketika suapan yang keempat, arwah terus tercekik.
Isteri agak ralat tapi isteri arwah redha. Arwah sihat semasa kejadian.

Kalau dah ajal kan, tercekik hanyalah asbab.

Allahyarham Tan Sri Jins Samsudin adalah pesakit Alzheimer. Gangguan pada otak dan menyebabkan hilang ingatan.

Sedikit info:  Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. 




Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Ini pulak kisah Allahyarhamah Ary Malik. Setelah menderita kanser Ovari tahap 4 akhirnya Ary pergi selepas berjuang melawan sakitnya. 

Semakin teruk apabila barah tu merebak ke kepala. Allahu sakitnya. 

Masih ingat suami dia jawab soalan wartawan; Ary sangat positive menerima berita yang dia disahkan penghidap kanser. Setiap hari dia bangun dengan ceria dan sering menggembirakan orang lain. 

Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah. Yang masih diberi peluang, jaga kesihatan dan hargai. 

Salam takziah untuk keluarga dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman. 

AlFatihah. 

Sumber berita dari

Tan Sri Jins Samsudin - Berita Astro Awani
Ary Malik - Berita Astro Awani

Ulasan