Ini sharing pasal pengalaman berbusiness online secara kecil-kecilan. Dalam erti kata lain ini adalah jurnal aku menuju impian nak berbusiness.
Sila doakan aku berjaya ya. Kali ni nak share tentang apa perlu buat kalau tabung positive dalam diri dah nak kosong.
Aku pun tak terkecuali hadap benda ni jugak. Bila tangki positive habis kena la isi. Ok baca lah dengan hati yang terbuka ya.
Business Talk 20 Tabiat Jutawan
Pernah
jumpa orang yang asyik nampak salah kau? Yang nampak kau emosi terlajak. Yang selalu
rasa kau tak berpijak di bumi nyata?
Or lagi sedap mereka cakap, kau cakap
memang pandai. Bila nak buat? sekurangnya aku ada impian and ada idea nak buat.
ye dak?
Aku
nasihatkan korang yang berada dalam situasi macam ni korang kena make a move OR
back off dari circle mereka. Percayalah bila kita jauh dari sumber negative
kita lebih berjaya. Rapatkan diri dengan Allah dan cari orang yang positive je.
Hasil dia mesti kabom.
Biasanya
situasi ni berlaku kepada mereka yang baru nak naik tangga business and tengah
dalam dilemma kenapa circle semasa tidak menyokong apa yang mereka buat. lagi
perit diperlekehkan atau senyap je.
Kenapa
aku cakap macam ni sebab aku dah rasa.
Aku
tak marah sebab aku pon kena paham sesuatu. Kejayaan tu bukan datang bergolek. Bukan
senang-senang nak capai. Ambil masa.
Nasihat
kedua, cari ilmu. Cari guru. ikut orang yang suka berkongsi. Biar Semangat bekongsi
tu melekat kat kau. Semangat positive tu. itu yang korang kena pegang. Bukan senang nak
senang ya.
Sekurangnya
aku bersyukur rezeki aku ditemukan dengan pasangan yang Alhamdulillah support
je apa aku buat walau kadang-kadang apa yang dia nasihat tu ibarat pisau
menghiris hati. Yelah, dia yang paling dekat so kadang-kadang teguran tu tak
ada pun tapi aku over sensitive.
Begitu ya.
Untuk
tahun pertama aku start berbusiness ni aku rasa aku masih belum mampu nak on
track. Masih tercari-cari platform sesuai. Masih lagi dalam proses membina team
aku sendiri. hoi itu lagi satu takut. Nak percaya kat orang bukan senang. Tapi In
sha Allah.
Slowly but surely.
Rasanya
setakat tu dulu la aku kongsi pengalaman yang tak seberapa sepanjang aku
berbusiness dan mana yang baik korang ambil okei. Yang buruk campak jauh-jauh. Ok
tengok gambar bawah ni, baca, hadam okei.
Tabiat Jutawan - ada 20 kesemuanya. Jangan baca je.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.