Aku ni kalau dah suka dengan satu tempat, memang tempat tu saja lah kami akan tuju. Sama juga kalau sekali terkena benda tak best sampai mati pun duk asyik ungkit.
Kisahnya, pagi tu aku teringin sangat nak breakfast western food. Dah selalu sangat makan roti canai dan nasi lemak, sengaja ajak suami ubah angin.
Bukan lah selalu dapat layan tekak mengada macam ni. Kadang-kadang je bak kata suami. Bila rindu.
Bila fikir semua harga barang yang naik dan kos hidup yang makin lama makin tinggi boleh stress dibuatnya.
Restaurant Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Untuk menu breakfast aku order egg benedict dan Smoked Salmon. Makan sambil mata bercahaya. Tak tahu nak terangkan macamana.
Telur tu cair dan terasa Smoked Salmon tu. Walaupun porton dia nampak kecil tapi dapat buat aku rasa kenyang sampai lunch hour.
Suami pula order Signature menu restaurant 69 Islamic Sandwich pun sedap.
Kenapa Suka Sangat Dengan Sixty9 Islamic Steakhouse?
Alasan paling munasabah kenapa aku suka sangat datang sini ialah sebab jarak restoren Sixty9 Islamic Steakhouse ini hanya 15 minit dari rumah.
Parking pun mudah dan selamat. Antara faktor-faktor lain ialah:
#1 Bersih dan Selesa - Dari segi kebersihan dalam restoren dan tandas memang aku puji terjaga. Staff dia rajin dan pastikan semua teratur.
#2 Kualiti - Oleh sebab dia jaga kualiti bahan-bahan yang digunakan maka rasa masakan dia sedap di tekak aku la.
Aku jarang berkira kalau bab makanan. As long as berbaloi dengan apa dia offer aku masih ok. Steak kami pun dimasak elok dan daging tak liat.
#3 Harga Berpatutan - Total harga untuk tiga main dish dan dua air ialah RM110++. Aku rasa munasabah dengan harga yang dikenakan. Sesuai dengan portion, side dish dan service.
#4 Friendly Staff - Salah satu faktor utama aku akan kembali ke sesebuah restoren adalah layanan staff dan juga staff jaga kaunter.
Kalau dia mesra, tak kedekut senyuman, merendah diri dan selalu ucap terima kasih adalah antara bonus point sesebuah restoran.
Makan Malam Di Sixty9 Islamic Steakhouse
Kebiasaan kalau makan malam di Restoren Sixty9 Islamic Steakhouse suami macam biasa akan makan lamb. Semestinya pilihan cara masak adalah well done.
Suami aku pantang kalau makan steak ada warna merah. Memang tak la dia nak telan.
Aku pula cuba lamb rack oven baked. Daging well done jugak dimasaknya
dan gravy pilih mushroom. Wah nama panjang dan of course la sedap.
Juling-juling mata makan.
Masa type pon meleleh air liur. Semestinya menepati pilihan citarasa aku. Maka menu ni akan di repeat in future.
Overall aku recommend sangat untuk korang cuba makan di Restoren Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati ni.
Overall aku recommend sangat untuk korang cuba makan di Restoren Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati ni.
Banyak lagi menu lain boleh korang cuba. Next food hunting kita cari restoren western lain untuk kita terjah.
Selamat makan-makan!
Selamat makan-makan!
Boleh cuba juga Tim’s Tea House CafĂ© Taman Melawati tak jauh dari tempat makan ni.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.