Review Estadia Hotel Melaka

Tempat terbaik untuk stay kalau pergi berjalan ke Melaka. Ini kisah tempat kami stay masa Reunion geng BFFs Diploma in Banking – Mayoonees tahun 2016. 

Selepas 10 tahun graduasi, ini merupakan reunion pertama kami. Aku highly recommend Hotel Estadia kalau korang ada reunion atau sengaja nak bercuti kat Melaka. 

Lokasi dia memang betul-betul kat tengah-tengah bandar Melaka. Harga bilik tak terlalu mahal bawah RM 200. Strategic sungguh. Walaupun ada banyak lagi homestay kat melaka ni kan.

Review Estadia Hotel Melaka 

Naik kereta 5 minit je sampai dah Kota A Famosa. Boleh pergi muzium kapal dan lain-lain juga. Hari tu masa on the way ke hotel nampak kakak tu minum air tembikai. 

Yang buat meleleh air liur sebab dia tebuk tembikai dengan straw dan minum terus ok. Sangat dekat dengan Dataran Pahlawan. 

Boleh jumpa Menara Taming Sari, Asam Pedas Selera Kampung, tempat beli barangan produk tempatan (Pahlawan Walk) macam cencaluk, sos cicah, dodol dan bermacam makanan tradisi. 

Landmark dia betul-betul berhadapan Menara Taming Sari. Akan nampak signboard Asam Pedas Jr. beratus juga aku borong aritu beli TShirt dan makanan. 



trip to melaka


Bilik selesa, staff super friendly, breakfast spread dia not bad la dan boleh diterima mulut dan perut. Ok yang aku suka pasal staff dia baik pekerja hotel atau pun penjaga boutique, tukang sapu, guard, tukang tolak barang semua ramah gila. Senyum dan ucap selamat sejahtera. Human contact tu bagus.

Estadia ni hotel di bawah seliaan Hatten Hotel. Tapi Hatten lagi mahal dan dah lama establish. Boleh google la. Hatten tak la semesra Estadia. Itu first impression masa aku turun jenguk Lobby Hatten Hotel.

Best nya Estadia ni dia di bawah satu building dengan Hotel dan Dataran Pahlawan Bridge. Semua customer akan parking di bangunan yang sama. 

Untuk customer Estadia Hotel dikhaskan untuk parking di level 4, 5 dan 6. Kiranya Lobby Estadia level 3. 

Jadi dari lobby bila jalan akan melalui open boutique yang boleh korang shopping (baju/kasut/beg/toys) dan ada restaurant menuju ke Mahkota Parade Mall. Alang-alang tu boleh bawa anak-anak ke The Shore Oceanarium Melaka









Boleh cuba ok.
*terpaksa ambil gambar di internet sebab gambar dalam phone hilang ke mana tah

Ulasan