Rawatan Terapi Sonotron untuk Gout mak

Entah apa mimpi aku bawak mak cuba rawatan Sonotron. Ye aku pernah tulis pasal Sonotron lama dulu. Masa tu ada niat nak cuba tapi keinginan tak kuat. 

Lepas mak dah mengeluh betul-betul tak larat dengan Gout dan kebas tangan (masalah saraf) baru-baru ni baru aku nekad call book appointment dan terus pergi. 

Lagipon dekat je. Di Sri Gombak. Satu kawasan tempat aku bersalinkan Raudah dulu. Sebelum ni kerap bawak mak untuk bekam. 

Tapi mak macam takut sikit bila libatkan darah ni plus mak kata tak ada kesan pon. Lol. Paham perasaan mak nak cepat sembuh. Sakit bukan sekelip mata hilang emak ku sayang.

Pengalaman Bawa Emak - Rawatan Terapi Sonotron untuk Gout mak

Aku dah banyak kali terangkan tentang info dan lokasi berkaitan Rawatan Sonotron. Masa aku pergi kebetulan jumpa baby umur nak masuk dua bulan selesema so dia datang nak buat treatment kali kedua. 

Mak dia kata Alhamdulillah berkesan untuk anak dia. 
Aku ada baca, kanak-kanak atau baby yang buat rawatan ni kahak akan keluar sekali dengan najis.

Banyak jugak review pasal Sonotron ni. Dah banyak orang sedar dan yang tak mahu bergantung dengan ubat dan semestinya untuk elak dibedah.


Review Pusat Terapi Sonotron Shafa Sri Gombak;

Bawak mak pergi untuk dapatkan rawatan tangan mak yang kebas tu, tapak tangan mak tu tak rasa dan tak boleh genggam, lepas tu mak kata setiap malam akan rasa panas tapak tangan sampai tak boleh tidur. 

Tapak tangan pon bengkak je. Selain tu mak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis tapi terkawal Alhamdulillah.

Mak jugak ada gout. Selalu serang bahagian kaki, pinggul dan peha. Jadi sebab mak banyak sangat penyakit jadi focus kepada tangan kebas dulu. 

Staff dia recommend untuk buat 3 kali sesi berturut-turut untuk nampak keberkesanan rawatan. Setiap sesi kena ada jarak 8 jam. Dia guna sejenis alat dan halakan kat kawasan yang sakit sahaja. (30minit minima)






Untuk next month boleh cuba untuk focus kaki, peha dan pinggul untuk gout mak. Rawatan ni kena buat selalu. Paling bagus konsisten la selama beberapa bulan. 

Untuk gout, rawatan ni bertujuan untuk hilangkan rasa sakit bengkak dan tak perlu makan ubat gout.
Tahu kan dalam jangka masa panjang ubat-ubat tu semua ada kesan kepada buah pinggang dan organ lain. 

Harga lebih murah berbanding klinik lain. Untuk kanak-kanak satu sesi RM30 untuk setengah jam. Untuk dewasa RM50 untuk setengah jam. Bergantung kepada jenis penyakit ye.

Staff friendly semua dia jawab dengan baik. Kalau tengok gambar aku share rawatan ni sebenarnya dia halakan alat dia macam hair drayer tu pastu dia keluarkan bunyi yang agak kuat. 

Boleh mintak penutup telinga tapi mak aku tak nak. Dia halakan di tempat yang sakit selama 30 minit. Ada haba ye (suam-suam). Kalau tengok betul-betul nampak cahaya biru kat muncung alat tu.




Mak aku siap tanya boleh ke nak beli mesin tu. lawak la mak ni. Nak suruh abang aku yang sulong beli katanya. Mesin mahal mak ku sayang.

Siapa nak cuba alamat seperti kat bawah ni. Dinasihatkan call and book dulu takut full.

Pusat Terapi Sonotron Shafa  
Physical Therapist
Address: 57, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Phone:+60 3-6189 0757
Facebook : https://www.facebook.com/Sonotronshafa1/

Ulasan

  1. Aslmkm puan, macam mana dgn keadaan ibu puan lepas buat sonotron?
    Abang sy pun selalu kena gout n kalau ada kesan baik ingat boleh try jugak nanti.
    Sy harap puan sudi reply.:)

    BalasPadam
  2. Aslm Azwan,

    Saya rasa kesan setiap orang adalah berbeza. macam mak saya cuba di usia 66Tahun lepas sakit gout yg agak lama so nak sihat perlu lebih banyak kali buat ulangan rawatan.

    Saya tak tahu kenapa, lepas mak saya cuba buat di bahagian tangan dan kaki, mak kata ada benjolan naik dekat bahagian pinggul. tak pasti apa tu tapi mak sakit dan tak boleh bangun. hampir demam. beberapa hari menahan sakit.

    saya rasa itu kesan nak elok agaknya. (healing crisis) tapi mak agak serik nak buat lagi. boleh cuba tapi jangan terlalu ghairah nak cepat sembuh.

    Tak pasti sama ada itu kesan sonotron atau faktor mak saya terlalu banyak berjalan, tak cukup rehat etc.

    harap membantu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.