Assalamualaikum.
Kau tahu perasaan aku sekarang ni
berkecamuk. Banyak aku baca kisah orang-orang berjaya, dengan kata-kata Semangat
diaorang update apa diaorang dah capai bila masuk je tahun 2017. Bila compare
dengan diri sendiri bagai langit dengan bumi.
Haishh bila fikir semula, banyak
cita-cita, idea datang bergolek. Nak berjaya nak tambah pendapatan. Tapi dek
kerana perangai suka bertangguh aku la aku selalu give up. Nak pulak ada anak
kecik ni memang payah kalau perangai bertangguh tu banyak.
Oleh sebab perangai bertangguh la
aku melepas banyak peluang. Sebab aku selalu fikir, tak apa masih ada masa,
masih ada kesempatan. Boleh kot. dengan kot tu la aku teruskan je kehidupan
tanpa rasa bersalah.
Dah penghujung 2016 aku baru
terasa bosannya bekerja sampai putih mata pastu menghadap orang-orang bodoh. Bukan
bodoh pon sebenarnya. Bijak. Bijak ambil peluang suruh orang selesaikan kerja
diaorang. Bijak kan tu? dah umur menginjak 31 tahun baru sedar nak cari pendapatan
sendiri supaya aku boleh bersenang lenang kat rumah.
Punya la lambat keinsafan datang
menjenguk. Dan aku tak tahu la masih belum terlambat ke kalau aku baru nak
terjaga.
Memang aku dah mula kan pon
sedikit sebanyak menjual ni. Tapi aku tak konsisten. Aku pemalas. Apa lagi
boleh diharap kalau Semangat berbusiness kau turun naik. Nak update info malas,
nak buat iklan malas. Malu dengan diri sendiri.
Bulan January 2017 dah nak habis
pon. Target jualan semua dah buat masa akhir tahun lepas. Tapi kalau ikut
prestasi memang menjunam habis ni? Apa nak jadi woi. Nak tunggu keajaiban
datang ke? Orang semakin lama semakin maju, semakin yakin diri.
Aku??
Aku nak berjaya tapi terlalu
banyak alasan aku bagi. Sedih la. Aku harap aku taip aku tempek kat blog moga
satu hari bila aku baca semula, masa tu aku boleh senyum puas hati. Aku nak
masa aku baca semula post ni aku dah berjaya. Aku nak rasa perasaan tu.
Moga Allah permudahkan apa yang
aku rancang. Kita merancang sebaik mungkin tapi percayalah Perancangan Allah
yang Maha Terbaik. Adalah hikmah kenapa Allah sekat nafsu aku berbusiness. Aku tengah
cuba positive ni.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.