Hai 2017 dan bye 2016

Assalamualaikum.

Putar balik apa berlaku 2016.

Awal-awal tahun struggle siapkan document untuk pembelian rumah dan melayan mabuk mengandung, melayan nervous nak bersalin dan kehidupan setiap bulan ke klinik untuk check-up. Penat. 

Hai 2017 dan bye 2016


Mengandung dan melahirkan anak

Dapat baby girl comel and tembam macam kuih pau in May2016. Syukur dapat bersalin normal dengan doktor pilihan hati.

Sepanjang proses mengandung, melahirkan dan berpantang macam-macam jadi. Alhamdulillah semua lepas dengan jayanya.

Bersalin sebelum puasa dan habis pantang terus masuk rumah baru. Bulan Syawal. Masih mood Raya masa tu.


Kesihatan Anak kedua

First time anak kena jaundice dalam tempoh agak lama. Berulang alik ke klinik di kampung.
Doctor sahkan anak eczema pada usia 5 bulan. Sekarang keadaan terkawal.


Masuk rumah baru

Tahun 2016 jugak pindah masuk ke rumah baru. Hujung July selepas habis pantang. Tak sempat nak habiskan hari-hari terakhir kat rumah lama.



Semangat memasak

Rasanya menginjak ke hujung-hujung tahun Semangat memasak untuk family membuak-buak.
Tu dalam gambar banyak pasal makanan je. Tiba-tiba rajin cuba resepi viral kat FB.


Start berbusiness

Cuba nasib jadi dropshipper untuk product tudung. Instant shawl to be exact. Instant shawl labuh jenama scarves.

Masa pilih nak jual tudung ni sebab fikir nak sampaikan mesej dalam berdakwah.
Masih cantik walau bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Lepas tu start slow-slow jadi agent Norahwax Organic Hair Removal.


Relationship, business dan others yang turun naik. Semangat nya macam roller coster. Semoga tahun mendatang ni aku lebih berdisiplin, lebih berjaya dan dipilih untuk berbakti kepada agama.



Ulasan