Puas hati betul bila resepi pertama kali cuba terus menjadi. Memang melompat kegembiraan la jawabnya. Kali ni aku teringin nak cuba meatball cheese yang pernah viral dekat Facebook.
Bagus betul bukan setakat viral tunjuk pandai memasak je tapi siap kongsi resepi. Jadi marilah kita sama-sama cuba buat meatball cheese meleleh sempoi.
Alhamdulillah ini kali kedua aku cuba resepi bebola ni. Kali pertama aku simpan kat handphone lama, gambar tak sempat nak transfer.
Resepi Meatball Cheese Meleleh Sempoi
Kali kedua buat dah lebih yakin dan tahu nak agak. Korang
yang tak pernah buat jangan risau sebab resepi ni simple ya amat semudah buat
cekodok ikan bilis.
Tapi kalau nak mudah pergi jelah Ikea makan meatball dekat sana. Sedapnya.
Antara bahan-bahan yang
diperlukan untuk resepi meatball cheese meleleh sempoi ini adalah seperti di
bawah. Oleh sebab kita nak cheese dia meleleh kena guna mozzarella. Meleleh tu bermaksud
cheese tu boleh ditarik panjang.
Semakin banyak cheese yang korang
letak semakin power la meatball kau ok. Tapi berpada-pada cukplah kang
kesihatan ko terjejas.
Bahan-Bahan Meatball Cheese Meleleh
Daging Cincang aku guna daging hancur frozen
Satu biji bawang holand saiz sederhana
1 biji lobak yang dipotong dadu bagi halus
1 biji telur – satu biji
Perasakan dengan garam secukup rasa
Serbuk lada hitam untuk bagi pedas
4 sudu besar Tepung gandum
Mozzarella Cheese
Breadcrumb
Cara-Cara Menyediakan Meatball Cheese Meleleh
Cara-cara membuat meatball cheese
meleleh sempoi ni semudah abc. Korang just satukan bahan-bahan di atas supaya
sebati kecuali mozzarella cheese dan bredcrumb.
Cuma tips aku masukan daging
dahulu kemudian masukan lobak, dan diikuti oleh tepung.
Adjust tepung mengikut kelikatan
adunan.
Kita tak mahu terlalu banyak tepung nanti bertukar jadi cekodok
meatball pula. Kemudian masukan telur dan lain-lain. Gaul biar sebati.
Agak-agak dah bergaul sehati sejiwa boleh lah bentukkan bulat-bulat dengan sudu
masa nak goreng tu.
Jangan lupa masukkan mozarella
cheese yang dipotong. Kalau lupa tk jadi dah resepi cheese ni ok. ikut resepi
asal kena golek dengan breadcrumb sebelum digoreng. Stock bredcrumb aku habis
jadi asal jadi je lah eh.
Kena goreng dengan minyak yang betul-betul panas ok. Baru
meatball kau akan jadi terbentuk elok. Goreng hingga kekuningan dan sedia untuk
dimakan.