Aku kongsikan pengalaman pertama kami sebagai ibu bapa selepas doktor sahkan baby kedua kami menghidap eczema. Sedih betul masa dapat tahu.
Ini pengalaman pertama kami sebagai ibu bapa sebab rezeki anak pertama mudah saja perjalanan dia. Waktu tu juga pengetahuan tentang eczema kami sangat kurang.
Tapi kami percaya semua yang berlaku ada hikmahnya. Bersyukur atas apa yang berlaku sekurang-kurangnya pengalaman kami ni dapat bantu orang lain pula.
Doctor Pakar Kanak-Kanak Sahkan Baby Eczema
Ini pengalaman anak Diah yang
kedua kena Eczema dan disaat artikel ini ditulis, Diah masih lagi struggle nak sihatkan anak sepenuhnya.
Dengan izin Allah semoga usaha dipermudah.
Semuanya bermula pada 24hb October 2016, Raudah ada appointment untuk cucuk vaksin lima bulan (5 serangkai) di Klinik Kesihatan Setapak.
Sebelum tu kulit Raudah dah mula tunjukkan gatal-gatal, ruam merah. Tapi bersangka baik, kami fikir ianya hanya ruam biasa.
Masa ni check up bulanan di klinik nurse dah tahu keadaan kulit Raudah dan seminggu sebelum tarikh cucuk ruam agak teruk di bahagian kepala dan telinga.
Nurse nasihatkan supaya jangan guna sabun, mandian, lotion dan seangkatan. Dengan andaian kulit dia alah dengan bahan-bahan tu. Tapi nurse tak ada sebut tentang eczema pun.
Masa ni dah pelik kenapa nurse terangkan sikit-sikit je. Gatal-gatal tu tak serius lah pada sangkaan Diah. Tak pasti adakah ini normal atau tak, tapi telinga Raudah dah mula gatal dan ada air gatal tu.
Disebabkan Raudah tak demam jadi cucuk lima bulan diteruskan. Cuaca pun memang panas terik jadi normal sangat kulit jadi kering. Tapi masa ni langsung tak terfikir tentang ECZEMA langsung.
Tanda-Tanda Eczema Pada Kanak-Kanak
Selepas cucuk lima bulan, ruam gatal tu langsung tak tunjukkan tanda akan berhenti malah jadi lebih teruk. Jadi kritikal bila berair, dia garu dan berdarah.Dia macam cycle yang tak ada penghujung, bersambung-sambung dan kulit tu sembuh sepenuhnya memang tak pernah wujud.
Ruam banyak keluar di bahagian kepala
(dahi, belakang kepala bawah, telinga pipi) badan dan semua pelipat. Hanya pelipat dan belakang telinga
yang keluar air bisa.
Sebulan sebelumnya dah pernah
jumpa doktor di klinik swasta dan katanya itu hanya ruam biasa dan klinik bagi cream sapu. Maaf tak ingat
nama.
Tapi macam tu jelah hasil dia. Diah hanya sapu lepas mandi pada kulit yang gatal.
Kalau campak belakang masa Raudah dilahirkan memang sepanjang
berpantang ruam naik on off sebab cuaca panas kat Pahang. Sama keadaan macam
abang dia dulu.
Sebab tu Diah anggap ruam tu akan berakhir. Disebabkan risau keadaan Raudah dan emosi Diah yang tak stabil kami decide nak jumpa pakar.
Mana nak tahan tengok anak depan mata menangis, menggaru sampai berdarah.
Sudahnya ajak suami jumpa Dr
Hasmawati, Pakar Kanak-Kanak Desa Melawati. Ini pon based on recommendation
dari adik.
Perjumpaan pertama dengan doctor ni kurang memberansangkan sebab doctor ni
sarcastic tahap dewa. Ini berdasarkan pengalaman aku ya. Lain orang mungkin lain penerimaan.
Doctor ni bagus tapi hati kena
tabah kena cekal jumpa dia. Kata-kata dia lebih tajam dari pedang. Dahlah hati aku tengah fragile nak sihatkan anak. Aishh.
Doctor ni la dengan confidence nya confirmkan Raudah ECZEMA. Mimpi ngeri jadi
nyata. Dia bagi cream, lotion dan mandian.
Jenama bawah ni. Mahal ya dan tak serasi dengan kulit Raudah.
Balik dari klinik Diah google info sedikit sebanyak tentang eczema dan kawan-kawan nasihatkan jangan bergantung sepenuhnya dengan STEROID. Banyak buruk dari baik.
Takut baca
pengalaman pesakit ECZIMA. Diah ambil EL untuk dua hari sebab tak sanggup nak suruh orang
lain jaga Raudah.
Sepanjang dua hari jaga Raudah
keadaan dia tragik sebab menggaru. Aku sempat beli minyak nama dia Habibi oil dan Minyak TheMajlis minyak untuk rawat ruam. Ikhtiar.
Masa ni fikir nak anak sihat je. Minyak tu boleh tahan harga dia lebih RM200 kalau tak silap,
Ada pendapat kata jangan campur ubat
doctor dengan ubat/minyak di jual dipasaran. KONFLIK melanda hebatnya. Stress sangat-sangat.
Pendapat dan kehendak serta
kekurangan ilmu pasal ECZEMA telah mengganggu gugat kehidupan dan credibility
sebagai seorang ibu dipersoalkan. Emosi macam roller coster.
Tak nak bergantung dengan ubat doktor which is STEROID tapi nak anak sihat. [tak semua ada STEROID tapi kena baca
kandungan dia].
Sampai la mereng sekejap menangis
tanpa sebab. End up Diah buat apa tau; lepas mandi Diah sapukan cream doctor
bagi dibahagian ruam dan Diah sapu minyak/olive
oil as lotion kat serata kulit Raudah.
Alhamdulillah atleast Diah berjaya buat
keputusan.
Mak ada datang melawat, sebab
risaukan Raudah mak datang. Terima kasih mak. Mak kata kalau penyakit orang
kampung Raudah ni kena demam ruam.
Mandikan dengan air rebusan semambu. Rebus
dan mandikan. Alhamdulillah hilang sedikit gatal
dia. baru nak lega Raudah naik semula rashes dia sebab aku makan AYAM. Aku
masak kari. Huwaaa.
Pantang Larang Dan Makanan Bayi Eczema
Masa tu 31st October 2016. Aku
terpaksa berjaga malam Raudah merengek je malam-malam, semestinya gatal dan tak selesa. Kesian ok. Episod menangis bermula kembali.
Payahnya nak positif bila tengok anak menggaru ni.
Doktor suruh aku pantang susu. Yes selama seminggu aku berpantang dairy
product.
Telur aku baru start pantang.
Semua makanan aku hadkan. Aku doa Allah permudahkan perjalanan kami semua.
Allah uji Raudah Allah uji kami semua. Uji sebab Allah sayang. Allah nak kita
mengadu pada Dia.
Aku masih belum jumpa solution
terbaik untuk kulit Raudah sebab nak habiskan ubat doctor kasi. Nanti habis aku
nak cuba product Moogoo. Aku nak beli lotion dia. Review bagus je semua. In sha
Allah. Dan Shaklee. Aku patut cuba. Ikhtiar.
Apa saja nasihat doktor, pantang larang semua aku baca dan cuba ikut sebaik mungkin. Rasa gagal jadi emak yang baik.
Sehinggalah pada 2 November 2016, Biras aku recomend
doctor kulit [dermatologi] di Wangsa Delima.
Mak salah seorang anak jagaan dia kena macam Raudah.
Alhamdulillah serasi rawatan untuk anak dia. Tapi Doctor cuti setiap Rabu and Sabtu.
Aku dah call untuk pergi hari Khamis.
So elok la call dulu sebelum
terjah. Saat ini hati bagai dirobek bila anak masih lagi menggaru dan ada
keluar darah sikit-sikit. Hati tersiat tapi Allah Maha Mengetahui. Doakan
Raudah.
Klinik Mediviron Wangsa Delima
No 5, Kedai D Wangsa, Block 1C
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Dr Kevin Menezes
Tel: 03-41428640
Fax: 03-41428634
Consultation hours:
Monday - Friday : 9am-10pm
Saturday : 9am-9pm
Sunday : 2pm-10pm)
Baca pengalaman aku ke Klinik Mediviron untuk jumpa Dr Kevin Menezes. Syukur sangat Allah tolong kami. Allah Maha Baik.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.