Amboi resepi cekodok pon nak up kat blog hahhaa. Biarlah. Ini untuk rujukan masa akan datang. Nanti aku dah tak ada anak aku boleh refer blog aku je kalau nak masak. Ingat ye anak-anak.
Macam aku sekarang, aku dah start buat video resepi mak aku. macam interview la. Aku tanya mak aku jawab. Comel je mak. Sebab aku selalu lupa kalau setakat tulis pastu hilang tah mana resepi.
Kali ni nekad nak simpan sebagai resepi warisan. In sha Allah.
Resepi Cekodok / Cucur Ikan Bilis Sempoi Rangup Diluar Lembut Di Dalam
Ok
kali ni nak share resepi cekodok atau orang panggil cucur ikan bilis rangup
diluar lembut didalam. Ini berani nak share sebab pada usia 31 tahun baru
berjaya buat cekodok yang disukai suami dan anak.
Bahan-bahan
main agak-agak je:
8
sudu besar tepung gandum
1
cawan Air sejuk (air peti ais)
Garam
secukup rasa
Satu
sudu kecil soda bikarbonat.
Ikan
bilis tumbuk jangan sampai hancur. Letak la berapa banyak suka.
Minyak
untuk menggoreng
Cara-cara:
Campur
semua bahan dan gaul sebati. Adunan seeloknya jangan cair sangat. Rehatkan adunan
selama 5 minit dan goreng bila minyak dah panas.
Tips:
Bancuh
guna air sejuk.
Bila menggoreng Minyak
kena betul-betul panas.
Makan
cicah dengan kuah gulai lemak/ kari/ sambal sardin
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.