As Salam.
Nak share pengalaman gunakan service GrabCar. Baru first time book guna apps dia tapi dah naik lebih 5 kali sebab driver Grabcar budak sebelah bangunan office aku je.
So deal thru whatsapp aje. Kalau tak emergency aku tak guna la GrabCar. Pengangkutan utama aku ke tempat kerja memang la bergantung serratus peratus kepada pengangkutan awam. Pengguna tegar. Guna LRT then bus atau taxi.
Syoknya GrabCar ni rate dia dah bagitahu siap-siap. Up to customer nak teruskan booking or tak. So once dah book rate dia tak ada la harga tambang naik even lalu bad traffic jem.
#HonestReview experience guna GraBCar
Fare agreed awal-awal so customer rasa tak ditipu. Itu yang aku nak elak. Kalau naik taxi ni kan ikut meter dan jarak. Kalau jem memang menangis la nak bayar.
Nak pulak jalan ke office aku memang sekarang macam zon berperang. Orang korek sana sini. Jentolak, jengkaut semua ada. Jem tak hingat.
ihsan google image |
Pernah
banyak kali, driver taxi sengaja drive slow-slow. Ya Allah, menyirap aje. Apa boleh
buat. sedapkan hati fikir itu rezeki dia.
Ok
untuk newbie yang tak pernah guna GrabCar:
Sila
install GrabCar – sign up guna email/phone number then boleh guna dah.
Sila
isi pick up location dan drop off. Nanti dia bagi estimated fare. Then click
button Book tu nanti system akan cari nearest driver yang ada.
Contoh: aku ke KL Sentral estimated fare RM13 |
ini contoh aku nak ke office. Dia dah bagitahu profile driver, fare. |
Waktu ni bukan waktu puncak. Tak lama tunggu pon. |
Dah
sampai korang naik jela. Bayar dan resit akan di hantar ke email kita.
In
sha Allah selamat.
detail resit bagus kalau nak claim |
Sekadar
tip: Kalau takut jangan lupa screenshot driver detail dan share dengan orang terdekat.
Notify kita dah naik dan bila selamat sampai maklumkan juga.
ini aku cuba hari berikutnya. masa ni hujan. jadi mahal. |
info tambahan, hari kedua aku sengaja test grab car untuk lokasi yang sama, fare dia naik dari RM6 ke RM11 sebab high demand. itu pon system notify: High Fare due to High demand. Kebetulan pagi tu hujan, tapi taxi banyak so aku naik taxi la.
Alhamdulillah tak jem dan tak cekik darah. Sebagai pengguna pilih la service yang mengguntungkan dan selamat ok. Pilihan di tangan anda. Sila jadi bijak.
Ok
itu sahaja. Moga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.