Peristiwa sambutan hari lahir ini adalah throwback masa cuti merdeka kami sekeluarga yang lepas. Oleh sebab hari ulang tahun anak sulung jatuh pada 1 September maka ambil peluang 31 Ogos untuk celebrate.
Selalu orang buat late celebration, yang kami ni nak mengejar cuti umum jadi kita sambut sehari awal la ye nak. Kisah pulak dia kan? Lol.
Sambutan Hari Lahir 5 Tahun Ikhwan Hafeez
Sambutan hari lahir dia pun buat
kecil je dan paling penting untuk keluarga kecil kami sahaja. Tak belikan
hadiah apa pun sebab berlambak dah mainan dan buku-buku aku bagi.
Nanti kalau
ada keperluan kita beli lagi ye nak.
Lepas bincang dengan suami akhirnya sepakat beli makanan kegemaran kami satu keluarga. Kami beli set nasi KFC, kemudian beli belon helium, lilin yang macam bunga api tu dan aku buatkan dia kek.
Gigih mak kau buat kek untuk kau nak. Kerajinan mana merasuk mama tak tahu. By the way, promosi dessert KFC Lemon Tiramisu amat tak kena dengan tekak aku. spoil.
Kejutan Untuk Anak Bujang
Semestinya kejutan yang tak seberapa ni amatlah menggembirakan anak. Bila aku hidupkan bunga api dan nyanyi untuk dia lagi bertambah teruja.
Senyum lebar sampai ke pipi kau. Tak cukup dengan dessert yang kecewakan hati aku, sehari lepas tu aku buat strawberry cheese cake, untuk Ikhwan tapi ikut selera aku. hahahhaha.
Betul la orang cakap, bila jadi mak ni segala benda yang tak reti akan mak usahakan untuk jadi reti.
Terlebih rajin maka terhasil lah strawberry cheese cake ituh. Resepi unbake Cheese Strawberry cake ada aku kongsi dalam blog. Simple sangat kalau nak buat.
Mama and abah and raudah doakan Ikhwan jadi anak soleh. Cergas fikiran sihat tubuh badan. Terhindar hasad dengki, sihir dan dimurahkan rezeki. Moga Allah panjangkan jodoh kita sekeluarga. Aamiin.
Panjang lagi perjalanan kamu nak, ni baru lima tahun. Mama harap Allah panjangkan umur kita sekeluarga. Rasa macam baru semalam lahirkan awak.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.