Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelma ni aku nak share satu resepi dessert yang senang dan berbaloi dibuat.
Siapa suka cheese dan memang selalu gagal bakar kek, sila cuba buat. Mudah sebab tak perlu dibakar. Tak payah guna oven ya.
Resepi Unbaked Strawberry Cheese Cake Mudah
Bahan-bahan
yang diperlukan:
6 keping digestive biscuit or
biskut merry or oreo
2 sudu Butter
Whipping cream kotak kecil
Cream cheese 250gram
3 sudu Gelatin
5 sudu air panas
Yogurt strawberry
Buah strawberry
1 cawan Gula
Cara - Cara Membuat Unbaked Strawberry Cheese Cake Mudah
Hancurkan
biskut sampai agak halus. Aku guna blender je.
Cairkan
butter dan gaul dengan biskut hancur dan masukkan dalam Loyang.
Tekap
bagi padat dan masukkan dalam fridge dalam 10 minit.
*guna loose Loyang base tin
*aku campur terlalu banyak
butter jadi keras kematu biskut tu bila disejukkan.
*guna kertas minyak.
Blend
whipping cream sampai kembang, kemudian masukkan cream cheese, yogurt,gula dan
akhir sekali masukkan gelatin yang telah dikacau dengan air panas. Tuang adunan
ke dalam Loyang. Untuk cantik susun hirisan strawberry di sekeliling Loyang.
Racik
strawberry kecik2 dan campak ke dalam adunan. Dalam dua bijik kecik cukup.
*aku tersalah beli cooking
cream. Masih sedap tapi kurang best la tekstur dia.
*jangan letak strawberry
banyak sgt dan racik biar kecik sebab dia akan pecah belahkan kek kau. Buruk jadinya.
Strawberry hiasan sila hiris senipis mungkin baru cantik.
titiskan dan sebelum lorek |
hentam jela jadi corak apa pon |
Untuk
hiasan atas kek (refer gambar atas)
Racik
strawbery, masukkan sedikit gula dan sedikit air. Masak sampai pekat. Titiskan di
atas adunan dan lorekkan dengan pisau, lidi, chopstick atau apa-apa je alatan
kau ada.
Ikut creativity. Masuk dalam fridge semalaman. In sha Allah menjadi.
Selamat
mencuba.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.