Minggu lepas kami suami isteri terpaksa ambil giliran cuti untuk jaga anak sakit. First time anak kena penyakit berjangkit hand foot & mouth disease (HFMD).
Sebelum ni aku tahu penyakit ni hinggap dekat lembu je. Hahhaha. Risiko penyakit ni untuk kena adalah tinggi kalau anak tinggal di taska. Anak aku tinggal di rumah pengasuh pun boleh kena. Isk isk isk.
Tapi sekarang penyakit dah tak kenal tempat dan siapa mangsanya. Silap sikit je rasakanlah. Oh anak aku berusia 5 tahun ya. Termasuk dalam golongan berisiko tinggi.
Pengalaman Anak Terkena Penyakit Berjangkit HFMD
Aku ingat lagi, last anak aku berhubungan dengan dunia luar ialah
masa kami shopping groceries dekat Aeon Wangsamaju. Memang ramai gila orang masa
tu.
Seperti biasa kalau shopping akan suruh dia duduk dalam troli. Untuk mudahkan nak jaga dia bila dekat luar. Tapi dah rezeki nak terkena kan?
Dah
perasan dia dah lembik badan tak larat jalan. Malam tu dia start demam dan
merengek. Aku lap badan dengan kain basah. Suhu masih terkawal. Pagi esoknya
terus bawak jumpa doctor. Sah kena HFMD.
Tips Penjagaan Anak Terkena Penyakit Berjangkit HFMD
Doctor
punya explanation macam sudah tiada peluang untuk hari esok. Buat cuak aje. Menjaga
anak yang kena HFMD memang mencabar jiwa dan raga. Puas la aku google do &
don’t.
Punca
: virus yang cetuskan penyakit ini biasanya ialah Coxsackie A16, dan virus lain
seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71. [hanya penyakit yang disebabkan
oleh bacteria sahaja yang diberikan antibiotic tetapi virus adalah tidak].
Tempoh
sakit: virus akan stay dlm dua hingga enam hari, ulser hingga hari ke tujuh,
dan blister/ lepuh sampai ke 10.
Tanda:
demam panas [39c], blister/lepuh, ulser, sakit tekak dan kepala.
Tips
penjagaan; jaga kebersihan, sentiasa cuci tangan, asingkan pakaian dan tempat
tidur. Kuarantin.
Apa
aku buat sepanjang jaga Ikhwan adalah utamakan kebersihan dan memang aku paksa
makan dan minum.
Risau jangkit ke adik dia yang baru 2 bulan tu. Alhamdulillah
dah sihat after seminggu. Siang aku focus kepada Ikhwan dan malam aku jaga
baby. Suami jaga Ikhwan.
Tips lain:
sakit ni kena monitor demam/selesema/batuk. Berpotensi demam dengan suhu tinggi
secara mengejut. Kalau demam tinggi bahaya boleh lead to sawan. Selesema pulak
boleh bahayakan paru-paru.
Tips
pujuk minum/makan: bagi anak minum guna straw. Untuk ulser aku beri ubat jel
dibekalkan oleh klinik. Setiap kali nak telan setiap kali tu suruh sapu.
Aku ada
beli spray sebagai tambahan tapi Ikhwan lebih prefer gel picit. Sebelum letak
kasi demo kat anak supaya anak tak boleh kelentong kita kata sakit or tak
sedap.
Letak
air sejuk [kurangkan pedih] dalam bekas dan kena ada target untuk habiskan. Bercerita
dengan anak or berlumba siapa habiskan air dahulu dapat hadiah. Trick ni
berkesan.
Buat
agar-agar or jeli yang lembut dan bagi makan bubur. Ikhwan bosan minum air
kosong so aku buat air sirap kurang manis so baru dapat tarik minat dia.
Apa-apa
pun make sure anak aktif, makan dan minum. Gembirakan la hati dia supaya cepat
sembuh. Alhamdulillah blister Ikhwan tak teruk mana so aku hanya focus pada
demam dan ulser sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.