Ermm sekarang
Raudah Sakinah dah nak masuk 2 bulan. Perangai
boleh tahan. Kuat menjerit. nak menangis lepas sekuat hati.
Dia tak
peduli apa dah. Tak boleh berpeluh, tak boleh panas, tak boleh lambat. Eh macam
perangai aku je..hahahhaha.
So far
we managed nak handle Raudah in public dalam masa 1 hour sahaja. Lepas
1 hour rasa seram sejuk nak balik rumah. takut dia meragam. Cabaran
tuh.
Macam
hari tu ada urusan rasmi di kaunter KWSP. Bayangkan kesusahan tu. Kami je
yang bawa anak kecil. Maaf.
Tak ada pengasuh available on that day. Alhamdulillah
urusan berjalan lancar. Tapi
fobia kot.
Cuti Bersalin Dan Kembali Bekerja
Macam
semalam, keluar beli barang-barang baby. Memang 3 kali aku ulang alik ke
kereta. Suami
jaga Raudah dalam kereta. Dia menangis keras.
I is
cannot tapi kena bertahan jugak sebab barang-barang memang kena beli. List dah
buat. But u know, shopping memang kena compare harga, quality semua. Memang macam
lipas kudung pilih semua.
So apa
yang aku belajar after anak kedua is.. management.. time management, kerja
rumah, masak etc. Once I
failed follow scheduled, memang tunggang langgang. Ibarat
peluang datang hanya sekali and no turning back.
Macamana
la mak aku boleh jaga aku adik beradik yang sepuluh orang ni dengan jarak umur
yang tak jauh. Berderet
oi. Mau gila kalau tak tabah.
Dan kemanisan
bercuti dan sampai ke penghujung. Dah tak boleh bersuka ria duduk rumah gomol Raudah. Esok dah
masuk kerja semula. Kena hadap rutin harian pergi balik bekerja.
Cuba
yang terbaik. Walau hati tak rela. Ni la dilema mak-mak bekerjaya.
Walhal rasa sekejap je cuti bersalin ni. Yelah kalau kerja kerajaan merasa lah cuti tiga bulan. Dah rezeki kerja di sektor swasta dapatlah bersenang lenang selama dua bulan.
Itulah lumrah & kelebihan sebagai seorang wanita dan Ibu. Macam mana susah sekalipun mampun menampung itu semua. Memang tak dapat bayangkan macam mana semasa ibu membesarkan ko sekeluarga. Memang besar cabarannya.
BalasPadamowh nama babygirl ni Raudah Sakinah yea... sedapnya nama.. Pandai mama dia pilih nama. :)
Dunia ni hidup tak lama, hanya sekali saja maka selagi mampu kita bekerja mencari rezeki halal, kita bekerja la..