As salam. Kali ni sempat nak share journey demam kuning si baby no dua. Baby kali ni perempuan so orang kata perempuan ni kalau kena demam kuning agak lama dan teruk jugak compare dengan anak lelaki.
Kalau ikut pengalaman aku tak jauh beza kot kalau lelaki ke perempuan. Macam abang dia dulu, masa tu Klinik kesihatan Bandar 32 ni masih tak ketatkan piawaian kena lepas angka selamat untuk demam kuning. Masa tu tahun 2011.
Tips Turunkan Bacaan Demam Kuning Jaundice Baby
Sekarang
tahun 2016, Klinik kesihatan Bandar 32 telah menetapkan syarat; mana-mana baby demam
kuning kena bacaan bawah 85 baru Klinik kesihatan Bandar 32 akan suruh stop
ambil darah. Baru dikira bebas demam kuning.
Kalau sebaliknya dan cecah angka
291 baby kena admit ke hospital dan akan dipantau. Kalau dah masuk wad tu
faham-fahamla.
perangai mak2 sgt..gambar kaki pon nak upload
|
Ambil Sample Air Kencing
Masa
aku bawak baby ke klinik sempat la jumpa ibu lain yang alami nasib sama. Ada yang
baby kena ambil sample air kencing sebab baby dah berumur 14 hari tapi bacaan
kuning masih tinggi.
Bayangkan anak sendiri kena macam tu. mesti susah hati. Rupa-rupanya kena juga tapi waktu anak ketiga yang kena prolonged jaundice.
Macam
kes baby aku, punya la risau masa first day untuk register Klinik kesihatan,
memang baby dah ada demam kuning.
23 May – 154 –
Muka sahaja yang kuning
24 May – 170.5 –
Demam kuning sampai ke dada
30 May – 117 –
overall
6 June – 71.5
Mujur
mak masih ada. So mak la yang ikhtiar kan macam-macam untuk turunkan demam
kuning. Selain dari berpantang tak makan kunyit, berjemur di bawah sinaran
matahari mak aku focus kepada air mandian.
Kan ada tip mandi sirap la, mandi
air taugeh la, daun kucai dan lain-lain. Tapi mak aku mandikan dengan serbuk herba beli
kat kedai cina, pastu air rebusan labu air, pastu last sekali mak rebus air
daun belimbing.
Alhamdulillah bacaan demam kuning menurun.
Note kepada korang yang cuba semua petua di atas adalah atas risiko sendiri ya. Selagi tak mudaratkan bayi, aku cuba dan santuni cadangan orang tua.
Note kepada korang yang cuba semua petua di atas adalah atas risiko sendiri ya. Selagi tak mudaratkan bayi, aku cuba dan santuni cadangan orang tua.
Tak pasti lah kebetulan atau betul-betul terbukti berkesan. Aku nak reject pun tak boleh. Mana yang boleh bawa mudarat aku pandai-pandai lah elak untuk tak bagi mak terasa.
Tip Turunkan Demam Kuning Bayi
Apa
yang patut dijaga semasa baby kuning ni ialah tali pusat baby. Kalau dah tercabut
awal so lega la senang nak bersihkan. Cuma kena kerap bersihkan dan kalau
berdarah kena cuci.
Kata mak, kebersihan pusat juga mempengaruhi demam kuning.
Bagi
mak baby pulak kalau boleh stop sekejap pengambilan herba dan jamu. Jamu kan
panas. Itu pon penyumbang la jugak walau tak banyak. Paling penting kerapkan
susuan. Bagi sekerap mungkin.
Akhir
sekali mak pesan suruh urut-urut baby supaya baby aktif dan jangan pakaikan
baju. Elok pakaikan barut dengan pampers je.
Tapi jaga-jaga la jangan kembung. Semua
tips kat atas aku buat beserta doa yang tak putus-putus mintak Allah
permudahkan.
Paling penting, banyak susukan anak supaya dia kenyang dan membuang.
Itu
sahaja dapat aku share. Harap membantu ibu kat luar sana.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.