Aku tertarik nak cuba kek ni masa cari menu untuk aku jamu tetamu. Maka muncul lah Idea dessert untuk open house yang simple dan sedap iaitu Kek Puding Buah Nenas.
Hidangan pencuci mulut ni boleh dijadikan hidangan masa Hari Raya nanti atau nak buat makan-makan kat rumah.
Simple je bahan-bahan dan jimat masa. Dalam masa 10 minit In sha Allah siap. Aku jarang sangat buat benda yang akan susahkan diri. Aku rujukresepi ni dari Facebook user; Izra Ismail – Kek Puding Buah Peach.
Idea Dessert Untuk Open House Yang Simple Dan Sedap
Oleh
sebab tak berapa minat dengan Buah Pic so aku tukar dengan buah nenas. Nak tukar
buah lain pon boleh Cuma tak taw la sedap ke tidak. Kena try & error ok.
Resepi Kek Puding Buah Nenas
Apa
yang diperlukan;
1 biji Kek Marble
1 tin Buah Nenas
1 tin Susu Cair
3 sudu Tepung Custard
1 sudu Gula
Semua
bahan kat atas aku main agak-agak je. Resepi aku manis ala kadar so tambahlah
gula kalau nak manis lagi.
Potong
kek dan susun dalam bekas. Potong kek dengan ketebalan yang sekata dan bekas cari
yang bersegi baru cantik kalau nak potong nanti.
Masukkan
susu cair, gula dan tepung custard. Masak di atas api yang sederhana. Kacau custard
sampai masak.
Tuang
air buah nenas ke atas kek tapi jangan terlalu banyak nanti kek jadi lembik. Itu
jadi kat kek aku. hihiih. Kalau nak elok je kek dengan custard bercantum simpan dalam fridge semalaman.
Dah
masak custard boleh la curah atas kek tadi. Susun buah atas custard dan sila
sejukkan dalam peti ais.
Makan
sejuk-sejuk amatla nikmat. Selamat mencuba.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.