Honest Review Cream Leuna Buang Bulu Tanpa Cukur
Assalamualaikum. Kali ni nak buat review pasal satu cream ni. Ini bukanlah paid review. Oleh sebab aku dah pernah sapu empat kali dan tahu kesannya so muncullah #honestreview ni.Ini adalah hasil selepas aku mencuba Cream Leuna Buang Bulu Tanpa Cukur.
Terpengaruh bila nampak iklan
ni kat Instagram. Promote buang bulu tanpa cukur. Bulu apa? Segala bulu la.
Sebab
dah lama aku nak try buang bulu guna wax macam Norah hair removal tu. Wax yang harus
dipanaskan dahulu then tampal kat bahagian nak buang bulu. Macam sticker.
Tapi I is penakut so tak mau
sakit. Bertangguh la nak beli hatta banyak review kata tak sakit pon. Memang aku
tak percaya. Sebab penakut.
Promosi Cream Buang Bulu
Dan bila keluar iklan krim
Leuna ni, terpengaruh la. Owner ig kata ada promotion masa tu, kira 30 pembeli
terawal dapat harga istimewa dan free postage.
Harga cream tu, RM60 ringgit
untuk satu botol (40ml). Kecik molek dan ringan aje. Dia cream putih macam cream
shave tu, cara apply is sapu kat tempat bulu tunggu 10-15 minit then boleh sapu
dengan tisu.
Aku kan gelojoh, sapu pun ala-ala kedekut sebab nak jimat. Hahahha.
Masa first aku try 5 minit je then sapu. Tak tanggal sangat.
Masa second
attempt aku gigih tunggu 15 minit dan sapu tebal sikit. Baru la berkesan. Gosok aje terus tanggal. Cream
ni bau dia aku tak suke (xtaw nak explain, macam bau ubat) dan dia berangin kat kulit bila apply.
Gembira Tapi Tak Lama
Punya la gembira terus bagi testimony kat seller. Excited kan. TAPI kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan gerimis ditengah hari.
Lepas
dua hari aku tak selesa sebab bulu aku tumbuh semula. Hahahha. Tak ada la terus
panjang tapi terasa la bila disentuh-sentuh. Ni aku try kat ketiak.
Loh dah sama je macam aku guna pencukur aje cepat je tumbuh semula.
Aku tak rasa seller ni penipu
sebab dia tak ada pulak cakap cream ni akan lambatkan penumbuhan bulu dan aku tak terfikir pulak
nak tanya soalan bulu cepat tumbuh semula atau tak.
Next time tanya ye
kawan-kawan.
So aku agak kecewa atas factor
itu. Ni kira part of marketing/selling strategy jugak. Kalau cepat tumbuh then
pengguna akan terus guna cream sampai habis diaorang akan beli lagi. Untung company.
Kalau tak silap aku product cream ni product baru company tu. so mungkin ada la
kot penambah baikkan in future. Harapnya la.
Jujurnya untuk beli lagi
mungkin tidakla. Baik aku guna petua traditional. Rajin dengan tidak je. Selain
harga yang aku rasa agak mahal dan kesan-kesan jangka masa panjang yang aku tak
ketahui so aku stop la.
Dan malam tadi seller tu whatsapp tanya khabar. bagusla
nak jaga customer.
Untuk sesiapa yang nak cuba
apa product pon sila buat kajian dan baca review pengguna lain. Gunakan otak
sebaik mungkin.
lain orang lain kesannya. Dan ini hanya pengalaman aku yang
guna cream ni sebanyak empat kali dan aku tak berniat nak jatuhkan perniagaan
orang lain. Sekadar review jujur sahaja. Ambil yang elok ok.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.