As salam, very short update since ada request from reader yang nak tahu pengalaman bersalin dengan Dr Zana di Gombak Medical Centre.
Hi Ieda, hopefully entry ni membantu since Ieda tak mentioned pon nak tahu part yang mana so aku akan kongsikan bab admitted dan layanan diterima semasa bersalin.
Ini apa yang aku boleh bandingkan dengan pengalaman yang aku terima semasa melahirkan anak pertama, lima tahun yang lepas di Hospital Kerajaan.
Review Bersalin Di Gombak Medical Centre
Alhamdulillah selamat
melahirkan anak kedua; seorang princess pada hari Jumaat penuh barakah seperti
yang aku idamkan.
Hati dari awal lagi dah tergerak memang kata akan
bersalin pada hari Jumaat. Syukur Allah permudahkan segala urusan.
Memandangkan dah merasa proses bersalin di Hospital Kerajaan jadi untuk anak kedua memang kami mencari hospital swasta.
Review Doctor Zana Gombak Medical Centre
Mula jumpa Doctor Zana sejak kandungan berusia tujuh bulan, bayaran deposit Rm1000 dibuat pada check up ketiga, bayaran selebihnya
adalah selepas selesai bersalin.
Ada dalam lima kali appointment (kalau tak silap)
berjumpa dengan Doktor sebelum bersalin. Ikut syarat kena jumpa doktor sekurang-kurangnya dua kali, minima.
Kos setiap
kali check up dari range Rm75- Rm120 (urine test, ctg, ultrasound &
consultation – berbeza setiap kali check up).
Walau waktu menunggu lebih
lama dari check-up di Klinik Kesihatan tapi oleh sebab faktor layanan Doktor Zana buat aku
selesa, selamat, dan mesra.
Tolak tepi penat menunggu. Datang awal kalau nak cepat sebab ramai gila datang check up. Aku selalu ambil hari sabtu sebab suami boleh teman.
Pakej, Kos Bersalin & Booking Gombak Medical Centre
Kos rawatan bersalin aku ialah Rm
2,236 dan disambut oleh Doc Zana. Kos cover - bilik Rm 1,800 untuk satu malam
termasuk breakfast, snack after deliver, dinner.
Bayaran bersunat baby Rm70, ubat
cucuk tahan sakit Rm 100++, pampers memang banyak aku mintak so diaorg charge jugak
dan etc. kalau nak epidural dia charge Rm1,000.
*kawan aku admitted pada
kandungan 36 minggu, then disambut oleh bidan kat GMC since doctor Zana tak
available masa tu. untuk dua hari di wad ialah Rm2,200. Doctor & Bidan
bayaran berbeza.
Bilik, Layanan, & kemudahan:
Aku admitted pada pukul 4.30
pagi dan sebelum tu aku dah call siap-siap doc Zana kata air ketuban dah pecah.
Bilik aku dapat nama Teratai, ada TV, attached bilik air, sofa untuk yang
menunggu, katil, locker, almari siap dengan sejadah dan kain sembahyang. Bilik semua
selesa.
Ada bilik yang aku perasan tak attach dengan bilik air so kena berjalan
keluar la. Rezeki aku kat situ. Boleh bawak toto untuk tidur kat lantai bagi
siapa yang menunggu nak bersalin.
Layanan dari doc Zana superb,
mesra, ramah dan tak kedekut nak jawab semua soalan mengarut. Dia selalu baca
bismillah pastu ayat-ayat dia kelakar dan tak buat kita panic. Itu penting ye.
Sebab tu masa bersalin anak ketiga pun aku pilih Doktor Zana walau dia tukar hospital. Bonusnya,
Doc Zana seluk tak sakit.
Ikut je cakap dia, in sha Allah ok. Layanan staff
nurse kat sana jugak bagus. Tekan loceng terus datang kecuali waktu memang ada
kes.
Bilik lain memang banyak so jangan takut la sesak ke apa. Masa aku
bersalin memang tak putus orang keluar masuk.
Kemudahan Lain
Kemudahan lain macam parking
sangat ok untuk pelawat dll, kedai barangan baby Manjaku sangat dekat in case
barang-barang ada tak sempat beli, kedai mamak, runcit etc.
Waktu melawat start
9.30 pagi sampai 9.30 malam. Memang adik beradik aku berkampung sehingga petang
lepas aku bersalin tu. diaorang pun puji GMC.
Apa lagi nak share ye.
So far itu sahaja kot. apa aku
tulis adalah berdasarkan layanan yang aku terima, aku lihat dan rasai. Lain orang
lain pengalaman nya.
Buat Ieda jangan risau, masa admitted akan ada staff nurse
explain pakej, charge, waktu melawat, waktu keluar etc. Dia akan bagitahu harga sebelum buat. Seeloknya suami ada
sekali untuk dengar.
Nice sharing sis.. semoga membantu pada mereka yang memerlukan info ini..
BalasPadam