27 January 2016. Monthly check up seperti biasa. Alhamdulillah tak banyak masalah dengan HB. Kalau ikut previous pregnancy HB aku kalau 6 bulan ke atas kandungan mesti terjejas.
Start menurun. Tapi kali ni aku amalkan minum jus delima setiap pagi masa perut masih kosong. Pastu malam aku minum kalau rajin. Alhamdulillah HB terjaga.
Dapat jugak date untuk minum air gula. Disuruh datang pada 24 February 2016 semasa kandungan 24 minggu. Test yang betul-betul aku tak suka.
Second Trimester Pregnancy Diary
As the nurse mentioned before, umur 25 tahun ke atas kena minum air gula juga masa kandungan 6 bulan. Kalau ada family history lagi la kena minum air gula dua kali masa 4 bulan dan 6 bulan.
Based on result dia akan monitor kesihatan dan paras gula ibu.
Nurse brief apa perlu buat. Malam sebelumnya kena puasa start from 10:00p.m. Pastu datang klinik untuk cucuk kali pertama dan minum la air gula tu.
After habis telan tanpa muntah (kalau muntah kena re take) 2 jam baru cucuk kali kedua.
24 February 2016 – 24 weeks. Datang klinik dengan perasaan berdebar nak telan air gula woi. Takut cucuk satu hal, nak kena telan air gula manis nak arwah satu hal jugak. Cerita lanjut kat sini.
7 March 2016 – 26 weeks. Untuk check bulanan kali ni aku kena jumpa doctor jugak. Jumpa pon sekadar scan untuk tengok perkembangan baby.
Air ketuban, ukur lilit, size etc. agak kelam kabut sebab hari yang sama orang lain minum air gula. Ramai nya Ya Allah. Sesak klinik. Agak lambat la nama dipanggil even untuk timbang berat sahaja.
Fiuh. Lepas setel check bulanan, scan baby nurse pon bagitahu result blood test. Alhamdulillah. Semua selamat. Aku bebas diabetes. Syukur Ya Allah.
Sehari lepas appointment dengan KK baru perasan ok number ic kat slip lab test blood sugar tu salah. Nama betul kecuali umur and ic la. huwaa. Panic attacked. Dah bermacam andaian aku ni, kena ambil semula, itu ini la. Untuk hilangkan risau gundah gulana, aku pon google no lab KK Setapak. Pastu staff tu kata untuk result gula ni, KK akan hantar sample ke Poliklinik Panel yang dilantik. So poliklinik la yang buat.
Dalam kes aku, masa nak buat tu kan dapat kertas, pastu kat botol tabung darah tu kan ada sticker nurse kena tulis ic and nama. apa yang menyebabkan salah number ic kat slip ialah kegagalan staff poliklinik nak baca tulisan tangan nurse. Paham-paham jela tulisan macamana kan.
So staff tu kata tak apa sebab selain number ic dan nama yang ditulis, sticker yang di tampal pada botol ujian tu ada no siri/rujukan. Maksudnya bukanlah bergantung kepada tulisan tangan nurse semata-mata.
Staff KK nasihatkan andai aku nak slip lab yang baru aku kena call sendiri poliklinik dan suruh dia hantar semula pada KK Setapak.
Tapi aku try call aritu tak ada siapa jawab so memang aku tak ada la dapat yang baru. In sha Allah kalau aku ingat nak tanya semula nurse nanti. Masa check bulanan akan datang.
Oh dan lepas tu nurse dah suruh kira pergerakan baby. Maka bermula la rutin harian isi carta pergerakan baby.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.