Pagi tadi ada akak kat group whatsapp share tentang Kerajaan biaya deposit untuk rumah pertama.
Berita gembira untuk mereka yang memang plan nak beli rumah tahun 2016 ni. Aku cuba explain supaya tak meleret dan moga dapat bantu siapa perlukan info. Good luck.
Cara Mohon MyDeposit Tanpa Bayar Deposit Rumah
Apa
itu skim Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)?
Adalah
satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan
pertengahan memiliki rumah idaman.
Kerajaan
telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran
deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.
SYARAT
DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan;
- Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;
- Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) ;
- Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
- Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.
KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN
- Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
- Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
- Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.
* Pemohon dinasihatkan untuk buat permohonan baru dan log masuk.
* Sangat simple step dia dan dengan suka hati silalah mohon.
* Lepas register click MyDeposit, isi maklumat diperlukan dan lampirkan sekali dokumen yang diperlukan:
- Kad Pengenalan Pemohon
- Kad Pengenalan Pasangan
- Salinan Kad Pengenalan Anak/ Tanggungan
- Salinan Surat Nikah
- Penyata Gaji terbaru individu
- Penyata Gaji terbaru pasangan
- Penyata KWSP atau cukai pendapatan individu
- Penyata KWSP atau cukai pendapatan pasangan
- Bagi bekerja sendiri, sila buat akuan bersumpah mengenai gaji bulanan individu atau pasangan bekerja sendiri
- Surat pengesahan majikan. Maklumat diperlukan adalah status perkahwinan, status pekerjaan dan tempoh perkhidmatan.
- Surat pengesahan OKU
- Surat pengesahan daripada pemaju atau penjual
- Surat laporan CCRIS (boleh dapatkan di Bank Negara atau rujuk http://www.ctoscredit.com.my/)
Kalau masih belum faham jugak after mendaftar etc boleh la hubungi nombor tertera kat bawah ni:
Cawangan
Pengurusan Perumahan
-
03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460
Bahagian
Teknologi Maklumat
-
03-8891 4478
Harap membantu
Harap membantu
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.