Kawan Juga Adalah Satu Bentuk Rezeki
Alhamdulillah.
Dalam kehidupan, aku berjumpa dengan orang-orang yang aku boleh gelar lebih
dari seorang kawan. Aku pernah dengar ustazah cakap yang Kawan Juga Adalah Satu Rezeki. Rezeki berkawan dengan mereka yang baik. Memang dari kecil aku kalau mula berkawan aku akan jaga sehabis baik. Entah. Memang semulajadi sangat sikap sayang dan protective tu.
Kawan-kawan baik aku, semua aku anggap tak ubah macam adik beradik yang perlu aku jaga hati perasaannya. Aku cuba jaga sebaik mungkin sebab kisah-kisah disebalik tabir nak dapatkan kepercayaan aku memang payah.
Kalau ingat semula, bukan mudah perjalanan
aku mencari yang betul-betul namanya kawan. Jumpa kawan yang baik, pasangan dia tak suka aku. Dapat kawan satu kepala tapi tak sanggup susah senag sama-sama. Sehinggalah reezeki
aku berjumpa kawan yang baik dan rapat di tempat kerja.
Berkawan Dan Rezeki
Dan aku juga berterima kasih dan menghargai kawan-kawan yang pernah hadir dalam hidup aku semasa zaman kecil, zaman belajar dan seterusnya zaman bekerja. Banyak jenis kawan yang aku jumpa. Pahit manis semua aku telan. Aku percaya aku juga banyak sangat kekurangannya.Aku hanya sedapkan diri bila rezeki berkawan terhenti disitu. Allah dah aturkan yang terbaik jadi aku akur. Itu semua rezeki.
Aku
pernah merasa dikecewakan kawan, ditinggalkan, keseorangan.
Semasa
aku ditindas tak ada siapa yang stay di belakang aku. aku tak nak ulangi semua
tu. serik.
Aku
pernah menangis aku tiada kawan untuk meluahkan perasaan.
Ya,
manusia berubah selari dengan peredaran masa. Dulu aku berdendam.
Tapi
sekarang aku belajar melepaskan. Melepaskan rasa.
Nak
tahu siapa kawan kita, tunggu masa kita sama-sama kesusahan.
Masa
tu kau akan nampak mana satu kawan mana satu syaitan.
Hadis
al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh
dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan
tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda
membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh
menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
*gambar semua dari google image
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.