Last week Friday, 5 Februari genap kandungan aku 24 minggu. Jadi aku dengan jayanya gagahkan diri untuk minum air gula. Berjaya juga akhirnya.
Sebelum tu hari-hari set kat otak air gula is not a bad thing. Untuk bayi jugak. Tapi selalunya kata-kata Semangat tu diakhiri dengan jeritan batinku. Hahahahha.
Pengalaman Minum Air Gula Waktu Mengandung
Setelah puas baca pengalaman orang yang rata-rata berjaya harungi ujian getir ni so dapat la bayangkan proses dan rasa tu macamana. Bayangkan ok belum rasa lagi.
Pengalaman aku pulak, apa yang penting sebagai persediaan untuk minum air gula adalah memahami diri sendiri. chewah kau dah macam apa kan?
Sebagai contoh: aku orang yang tak kuat manis..tak suka manis-manis so memang la semangat tu kena gila meninggi.
Peperangan minda berlaku tiap saat selama dua minggu selepas dapat tarikh untuk minum air gula.
manis dia 5 kali ganda air Tropicana Twister atau lebih lagi |
Kenapa perlu minum air gula?
nurse
cakap ibu mengandung berusia 25 tahun ke atas klinik dah wajibkan untuk minum
air gula sebagai langkah persediaan mencegah diabetes.
Kalau ada sejarah ahli
keluarga (mak/ayah) ada penyakit kencing manis maka kena amik dua kali ujian
air gula (kandungan 4 bulan dan 6 bulan).
Kalau sejarah clean and clear maka
kena la macam aku sekali je. Air
gula aku dapat segelas/ secawan besar air pasar malam orang jual tu.
Dalam 5
kali teguk baru berjaya habiskan. Sebelum minum kena amik darah bukan kat jari
tapi kat lengan tu (benci L),
pastu lepas dua jam sekali lagi amik darah.
Result diberitahu dalam masa seminggu
bergantung kepada klinik. Nurse
pesan kalau kandungan gula aku tinggi dia akan call. Kalau tak call maksudnya kandungan
gula aku ok.
Tips Minum Air Gula
Tak boleh muntah. Kalau muntah merasa la appointment
lain kena minum sekali lagi. Tak sanggup.
Itu
je kot aku dapat kongsi pengalaman. Semangat kena kuat. Fikir baby. Apa-apa
selawat..zikir..doa Allah mudahkan urusan.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.