Setelah sekian lama tak menaip dan upload entry baru pasal kehidupan, orang sekeliling dan isu-isu lain, akhirnya aku update juga personal entri.
Terlalu penat dan sibuk dengan kehidupan atau nama lainnya pemalas. Selepas dua baris ayat aku tulis simtom pemalas ni semakin nampak tanda-tandanya. Kuatkan Semangat. Aku tuliskan juga.
Sekarang musim cuti sekolah. Kalau tahun sebelumnya, cuti sekolah bulan December tak bawa apa-apa perubahan kepada aku.
Kehidupan Di Bulan December 2015
Selain ketenangan diwaktu pagi disebabkan kesibukkan mak bapak budak hantar budak ke sekolah dan cikgu yang suka bercakap di waktu perhimpunan sekolah dengan nada paling tinggi.
Anak Dah Mula Sekolah
Tapi tahun ini, kali ini, ianya berbeza. Persediaan harus dilakukan sebab anak
sulung aku akan masuk sekolah tahun depan. Insya Allah tempat pilihan kami di Taski AlHuffaz. Sengaja masukan dia ke Taski masa usia dia 5 tahun.
Tidak lah terlalu awal aku rasa. Cukup la masa tu untuk dia belajar dan di umur 5 tahun kami dah start ajar dia uruskan diri. So far so good.
Tidak lah terlalu awal aku rasa. Cukup la masa tu untuk dia belajar dan di umur 5 tahun kami dah start ajar dia uruskan diri. So far so good.
Lima tahun dah kau
anak. Semoga tidak lah dia takut untuk bergaul dengan manusia lain dan semoga
dia dibawah lindungaNya. Aamiin.
Aku Positif Hamil
Untuk
kehidupan sekarang, aku maish gigih melayan mabuk mengandung. Ya, aku disahkan
berbadan dua October lepas. Tepuk tangan dan ucapkan tahniah buat aku ya. lol.
Untuk
kandungan kali kedua. Perasaan takut sentiasa ada, mabuk memang macam dulu,
semakin tak kuat nak harung perit jerih ibu mengandung.
Tapi Allah pilih aku so
aku mampu la kiranya. Jarak lima tahun bukan sekejap tu. Ini dah kira macam mengandung kali pertama semula.
Untuk
hal pekerjaan, terlalu banyak andaian dan kemungkinan yang bakal berlaku. Ekonomi
yang tak menentu. Kos sara hidup semakin tinggi.
Tambang LRT dan tol yang naik
mendadak semuanya menjerut leher. Kezaliman berterusan dan rakyat masih
menunggu peluang untuk bangkit. Dan aku masih mencari peluang dan ruang untuk berkembang. Doakan.
Stres sangat tak bagus untuk aku yang sedang berbadan dua ni. Jadi aku amalkan konsep let it go sajalah. Bila sampai waktunya baru aku buat apa yang patut.
Stres sangat tak bagus untuk aku yang sedang berbadan dua ni. Jadi aku amalkan konsep let it go sajalah. Bila sampai waktunya baru aku buat apa yang patut.
Buat masa sekarang aku dan suami cuba yang terbaik. Kan setiap anak tu ada bahagian rezeki dia tersendiri. Jangan risau.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.