Menyedari hakikat betapa besarnya nikmat Allah kurniakan pada aku, memberi nyawa dan melihat kehidupan hampir mencecah 30 tahun.
Tak ternilai dengan duit. Satu pemberian lengkap, kesempurnaan anggota badan dan kebolehan lain, seorang suami dan seorang anak. Sayang betul Allah pada umatNya.
Masih banyak yang tak tertulis di sini. Syukur. Terima kasih Allah. Kau Maha Pemurah lagi Maha Maha Penyayang. Tapi aku seperti biasa manusia hina yang kadang-kadang lupa nak bersyukur.
Masih banyak yang tak tertulis di sini. Syukur. Terima kasih Allah. Kau Maha Pemurah lagi Maha Maha Penyayang. Tapi aku seperti biasa manusia hina yang kadang-kadang lupa nak bersyukur.
Sayangnya Allah Pada Kita
Berbilion malah nikmat yang infiniti
Kau kurniakan, aku balas dengan ucapan atau perbuatan yang sekadar berterima
kasih. Bukan bersungguh. Malu.
Kalau solat yang lima pun buat dalam keadaan
tergesa-gesa dan di akhir waktu. Mana rasa syukur yang patut aku tunjukkan. Manusia
tak kenang budi.
Bersangka Baik Dengan Takdir Allah
Dalam
menjalani hidup seharian aku sebagai anak, kakak, adik, isteri dan kawan setiap
detik aku cuba berfikiran positif. Aku tanamkan bersangka baik.
Baik pada
caturan Allah hatta sesama makhluk. Aku juga cuba ajak orang lain untuk
positif. Untuk sentiasa bersangka baik. Nekad aku nak jadikan budaya.
Jadi aku pilih kelompok yang aku rasa selesa, iaitu adik beradik dan kawan rapat. Dan bukan la semudah yang aku taip ni nak latih hati bersangka baik.
Jadi aku pilih kelompok yang aku rasa selesa, iaitu adik beradik dan kawan rapat. Dan bukan la semudah yang aku taip ni nak latih hati bersangka baik.
Nak ubah diri
bersangka baik punyalah mencabar inikan nak ajak orang lain.
Setelah
hampir setahun aku cuba bersangka baik aku rasa aku lebih tenang. Aku marah pun
sekejap je. Marah pun ada berperingkat. Apa yang aku paham, bila aku mula
bersangka baik maka yang baik-baik sahaja akan datang dalam kehidupan aku.
Bila
aku marahkan sesuatu terjadi dan fikir yang bukan-bukan maka aku akan terhenti
pada suatu keadaan yang mana, hati akan bertanya semula.
Siapa yang tetapkan
ini berlaku? Siapa yang izinkan semua berlaku? Kenapa perlu berlaku?
Dan macam-macam
lagi. Dan akhirnya aku sedar semua ini milik Allah. Yang baik dan jahat pada
pandangan kita itu semuanya aturan Allah.
Semuanya milik Allah. Kalau aku
marah, kalau aku benci maksudnya aku marahkan Allah. Pemilik sekalian alam.
Nauzubillah.
Alhamdulillah. Terus istiqamah. Rahmat Allah itu luas seluas luasnya :)
BalasPadamBetul. In Sha Allah. masih melatih diri. kakak tiri cinderella :)
BalasPadam