Selamat petang. Ramadhan ke 15 aku terima email penghargaan dari PTPTN yang sudi [dengan izin Allah] memberi aku pinjaman masa belajar dulu.
Pengajian Diploma dan juga ijazah Sarjana Muda.
Kali ni nak kongsi tentang apa yang jadi selepas aku berjaya bertukar dari conventional ke Ujrah.
Oleh sebab macam rasa panjang sangat so aku akan buat lebih dari satu entry tentang apa berlaku selepas aku tanda tangan setuju memilih Ujrah.
Semak Penyata Pinjaman PTPTN Selepas Ujrah
Recall
balik apa berlaku:
Apply
Ujrah hujung December 2014 di cawangan KL Sentral.
Ikut
jadual bayaran balik aku kena start bayar January 2015 tapi aku lambat bayar, aku
terlupa so aku bayar dua kali masa bulan February.
Dari
aku mohon Ujrah sampaila saat aku terima email dari PTPTN ni barulah aku
tergerak hati nak semak dan study apa berlaku pada pinjaman aku.
Semak
baki bayaran.
Aku semak dan buat perbandingan untuk dua penyata. Conventional
dan Ujrah.
Untuk
conventional system akan mintak no pinjaman dan ic kita. Untuk Ujrah pulak kena ada
kata laluan.
Aku ingat-ingat lupa bila aku daftar so aku just reset password.
PTPTN akan hantar email new password.
Ha yang ni pening sikit sebab system
diaorg email aku sampai 3 kali dan ketiga-tiganya adalah password yang berbeza.
Jadi guna password paling last dia bagi. Tak pun ikut nasib la yang mana boleh.
Ihihihi. Lepas dapat log in korang tukar
la password yang korang nak.
Korang
refer gambar bawah ni untuk lagi clear k.
melalui email tadi dia bagi link..korang click je |
masukkan kad pengenalan then nanti appear dua link.. |
yang ni page kalau click penyata pembiayaan Ujrah.. yg penting kena ada kata laluan |
yang ni page kalau click penyata pembiayaan Konventional.. yg penting korang hafal no pinjaman.. |
Untuk kata laluan dan sebagainya aku dah setel awal-awal dulu. aku tak suka call PTPTN so aku walk in sahaja ke kaunter KL Sentral.
Senang nak tanya. yang tak ada masa boleh la cuba call hotline diaorg.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.