Semoga Emak Sihat Selalu

Bersyukur masih diberi nikmat meneruskan kehidupan. Diberi kesempatan hidup tanpa ada pergaduhan dengan orang sekeliling. Masih senyum dan boleh bergurau senda dengan suami. 

Anak masih dibawah kawalan. Syukur. Sabtu ahad lepas turn aku balik Pahang. Dah jadi amalan setiap kali berpuasa selepas berkahwin akan pastikan sekali berbuka dengan mak dan mertua. 

Nak balik banyak kali masih belum ada rezeki. Balik kali ni mak kurang sihat. Gout mak menyerang.  Masih ingat Ramadhan lepas mak tak sihat jugak. 

Semoga Emak Sihat Selalu

Mak seorang yang kental. Tegas. Bila minta mak tak puasa mak akan tolak dengan seribu satu alasan. 
Paham mak nak merasai nikmat berpuasa tapi kesihatan mak tak mengizinkan. 

Syukur diberi peluang jaga mak semasa sakit walau sekejap. Dapat mandikan mak. Tolong papah mak ke tandas. Itu semua rezeki. Lubuk pahala. Kalau dulu mak mandikan kami. Sekarang giliran kami berbakti pada mak.

Kalau boleh setiap apa mak nak aku cuba untuk tunaikan. Semua keinginan dan minat mak. Selagi masih ada masa. 

Aku tahu kita semua ni pinjaman Allah. Bukan hak kita. Maka aku aja diri aku bersedia. Kehilangan sementara kat dunia.

Kehilangan arwah abah ajar aku menghargai orang depan mata. Dan aku masih belajar. Tak akan pernah tamat sehingga aku dipanggil oleh Pencipta. 

Rindunya pada arwah abah. Kalau arwah masih ada… tak mampu aku nak ulang semula. Terlalu sebak. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman. 

Allah jangan seksa abah. Tak terbalas budi abah membesarkan kami adik beradik. Ramadhan kali ni paling biasa-biasa sambutan kami sekeluarga. 

Sekatan ekonomi dengan harga yang merepek jadi macam sangat berkira. Beli benda yang perlu sahaja. Ini lah hikmah Allah izinkan apa yang berlaku sekarang. Hikmah pembaziran. 

Ulasan