Bersyukur
masih diberi nikmat meneruskan kehidupan. Diberi kesempatan hidup tanpa ada
pergaduhan dengan orang sekeliling. Masih senyum dan boleh bergurau senda
dengan suami.
Anak masih dibawah kawalan. Syukur. Sabtu ahad lepas turn aku
balik Pahang. Dah jadi amalan setiap kali berpuasa selepas berkahwin akan
pastikan sekali berbuka dengan mak dan mertua.
Nak balik banyak kali masih
belum ada rezeki. Balik
kali ni mak kurang sihat. Gout mak menyerang. Masih ingat Ramadhan lepas
mak tak sihat jugak.
Semoga Emak Sihat Selalu
Mak seorang yang kental. Tegas. Bila minta mak tak puasa
mak akan tolak dengan seribu satu alasan.
Paham mak nak merasai nikmat berpuasa
tapi kesihatan mak tak mengizinkan.
Syukur diberi peluang jaga mak semasa sakit
walau sekejap. Dapat mandikan mak. Tolong papah mak ke tandas. Itu semua
rezeki. Lubuk pahala. Kalau dulu mak mandikan kami. Sekarang giliran kami
berbakti pada mak.
Kalau
boleh setiap apa mak nak aku cuba untuk tunaikan. Semua keinginan dan minat
mak. Selagi masih ada masa.
Aku tahu kita semua ni pinjaman Allah. Bukan hak
kita. Maka aku aja diri aku bersedia. Kehilangan sementara kat dunia.
Kehilangan
arwah abah ajar aku menghargai orang depan mata. Dan aku masih belajar. Tak
akan pernah tamat sehingga aku dipanggil oleh Pencipta.
Rindunya pada arwah
abah. Kalau arwah masih ada… tak mampu aku nak ulang semula. Terlalu sebak.
Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Allah jangan seksa
abah. Tak terbalas budi abah membesarkan kami adik beradik. Ramadhan
kali ni paling biasa-biasa sambutan kami sekeluarga.
Sekatan ekonomi dengan
harga yang merepek jadi macam sangat berkira. Beli benda yang perlu sahaja. Ini
lah hikmah Allah izinkan apa yang berlaku sekarang. Hikmah pembaziran.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.