Hari ini ulang tahun kelahiran suami yang ke 32. Tahun kelima bergelar suami isteri dan kami akan celebrate sama-sama. Kalau tahun-tahun sebelum ni aku kami akan keluar makan dan berseronok.
Cuma tahun ni lain sikit bila aku berjaya buat surprise birthday untuk suami sempena ulang tahun yang ke 32.
Memang gila punya plan la. Tak pernah terfikir seumur hidup aku akan buat semua ni. Ketahuilah bahawa aku memang orang yang keras berhati batu.
Surprise Birthday Suami Ulang Tahun Ke 32
Kiranya aku akan sampai rumah dahulu sebelum dia.
Plan Surprise Birthday Suami
Oleh sebab plan nak surprise kan suami maka aku balik kerja awal sikit dari biasa. Plan nak singgah Jaya Jusco Alpha Angel untuk cari bahan decoration, kek dan lain-lain.
Aku berjaya sampai wangsamaju 30 minit sebelum pukul 7 malam. Kebetulan aku puasa ganti jadi dah plan nak beli juadah berbuka dan balik makan dirumah. Berdoa agar plan aku berjalan lancar.
Dalam otak dah imagine apa perlu beli tapi hampa. Semua barang yang aku survey, satu pon tak berkenan di hati. Memang aku sejenis susah nak buat pilihan dan susah dipengaruhi untuk beli.
Lepas lama berjalan dalam Jaya Jusco akhirnya aku beli kek secret recipe dua slice (Turkish Delight dan Chocolate Cheese Berries).
Beli banyak pun membazir. Suami tak suka sangat kek. Semestinya kek yang dibeli beli perisa kegemaran aku sebab nanti aku dan Ikhwan yang akan habiskan.
Lepas beli kek aku pergi beli buang ros merah. Aku beli satu kuntum je. Sila muntah sebab aku sendiri tak percaya apa yang aku buat.
eli bunga dan hadiahkan untuk pasangan sesuatu yang menggelikan hati bagi aku. Memang dah pesan pada suami sejak bercinta lagi, jangan bazir duit hadiahkan aku bunga. Kalau coklat aku suka.
Lepas tu aku beli sekeping kad ucapan birthday. Tulis ucapan pun simple sangat. aku bukan jenis orang yang meluahkan perasaan atas kertas.
Kekok habis weh. Ni semua pengaruh drama dekat televisyen. Aku tiru je.
Pertama Kali Surprise Suami
Ini kali pertama kali aku beli bunga woi. Rasa nak gelak sorang-sorang. Puas aku fikir macamana aku nak buat surprise. Nak jerit ucap selamat hari jadi kuat-kuat?
Nak tutup lampu ke? atau buat-buat tak tahu kemudian surprise kan suami dengan kek bila dia tengah berehat?
Akhirnya pada 9:30 malam baru suami sampai di rumah. Memang sempat la aku hiaskan serba sedikit rumah.
Setelah habis fikir, aku buat kejutan waktu suami ketuk pintu rumah dan masa tu aku padam lampu dan nyalakan lilin. Kira sambut dalam gelap dan cuma disinari cahaya lampu lilin sahaja.
Lilin yang aku guna bukan lilin kek hari jadi, aku guna lilin putih untuk kegunaan bila elektrik tak ada. Punya la buruk perangai pakai apa yang ada je, sebab masa beli kek aku tak rasa nak tiup lilin. Lilin sekadar jadi prop dan hanya nak timbulkan mood surprise je.
Reaksi suami: dia senyum gembira tapi tak adalah sampai melompat terperanjat. Dia tak sangka je. Yelah sepanjang kenal aku mana pernah sangka aku akan buat macam tu.
Baru je nak feeling lebih-lebih, Ikhwan menyampuk dia nak masuk rumah cepat. Dia cakap takut sebab gelap. Maka berakhirla surprise yang hanya seminit dua tu. Mama dan abah baru nak feeling lah anak oi. Lol.
Kesimpulan
Tak kisah apa sahaja cara nak surprise kan suami sempena birthday dia asalkan ikhlas dan buat dia happy dah cukup.
Menjadi atau tidak paling penting adalah usaha yang kita letak dalam sesuatu perkara. Alhamdulillah suami nampak usaha aku nak meriahkan hubungan kami. Siapa tak sayang suami kan.
Aku terfikir juga kenapa aku buat semua ni? Kiranya aku betul-betul keluar dari zon selesa aku la. Aku buat semua ni untuk kembalikan kemeriahan perkahwinan kami.
Maklumlah dah nak masuk lima tahun usia perkahwinan kami. Orang kata, lima tahun pertama adalah tahun untuk melihat sesuatu hubungan tu boleh terus maju atau tidak.
Itu orang kata la. Semoga hubungan kami terus diberkati, dipanjangkan jodoh sehingga ke syurga dan mendapat rahmat Allah.
Semua
ni untuk kenangan. Pos dalam blog ni pon untuk ingatan jangka panjang. Jauh sekali
nak riak tunjuk kat orang. [Motif: ingat kau sorang je ada suami sambut
birthday 14haribulan] Wakakkaka.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.