Assalamualaikum. Sibuk sekarang dengan cuti dan
aktiviti akhir tahun. Patutnya akhir tahun lagi slow la activity ni lagi banyak
aku kena ready sebab activity tahun hadapan macam tak menyempat nak buat.
Itu semangat
namanya. Setelah sekian lama aku jarang-jarang update pasal anak kat blog. Tak ada
sebab khusus cuma aku memang dah setkan dalam minda hal anak suami aku lagi
prefer menulis email dan send to them.
Aku memang create email untuk suami dan
anak. Bila tiba masa nanti aku bagi la. Sweet tak? Ok puji angkat bakul.
Untuk perkembangan Ikhwan yang
dah masuk tiga tahun. Rasanya banyak benda dia dah belajar. Dulu suka warna
hijau sekarang suka warna biru.
Semua nak warna biru. Tak nak ben10 sebab
kartun tu warna hijau. Oh anak. Dia dah pandai menstructure kan ayat. Ayat lebih
dari 4 perkataan dia boleh construct atau lebih tepat dia kuat bebel. Macam aku.
Pasal Anak - Ikhwan Hafeez
Peel setiap pagi, addicted nak
makan makanan tambahan yang aku bagi setiap hari. Celik mata mintak ‘ubat’. Makanan
Sunnah Qaseh Junior.
Alhamdulillah membesar dengan bijaknya anak aku. In sha
Allah. Sekarang melatih dia untuk bebas pampers. Mencabar ya.
Cuba elak bersikap bandingkan anak. Kelak binasa
perasaan sendiri. masih bersabar. Cuba jadi mama terbaik untuk anak sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.