Merasa juga makan di Aroma Ikan Bakar Jeram. Oleh sebab aku ni memang penggemar makanan laut, udang terutamanya so memang kemaruk nak pergi makan tempat sedap tapi tak mau jauh-jauh.
Pastu sibuk google banyak la good review pasal Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor. Aku dari Kuala Lumpur, jadi nak datang ke sini kami akan melalui Highway LATAR.
Makan Di Aroma Ikan Bakar Jeram
Akan lalu la cendol bakar Kuala Selangor tapi tak singgah sebab
semangat nak makan seafood lagi tinggi.
Sebelum ni dah pernah makan seafood & ikan bakar Umbai Melaka. So expectation aku haruslah Aroma Ikan Bakar Jeram at same par atau
lagi sedap.
Bertolak pukul 4 petang dari rumah, jalan agak jem then sampai sana dalam pukul
5:45 petang.
Sebelum pergi dua hari sebelum aku dah call untuk booking. Kawan office
bagi tips kalau nak book, sila call petang. So far aku book ada je orang jawab.
Bestnya sampai awal kita boleh
rebut tempat duduk kat pondok buloh. Betul-betul dekat dengan pantai. Ada dua size, satu kecik sesuai untuk 6 orang
kebawah and satu lagi yg more than 12 people la.
Rezeki aku dapat duduk tapi
kena charge RM10 sebab duduk situ. Meja tempat duduk memang luas. Ada banyak seksyen.
So siapa yang walk in kalau tak kisah duduk kat mana saja so boleh
la cuba nasib. Datang terus. Perasan jugak ada la dalam lima keluarga bermuka hampa
sebab nak duduk tepi pantai tapi satu section tu telah di reserved untuk event dinner.
Tempat solat agak kecik and bilik
air super luas. Nak solat maghrib la agak mencabar. Tapi overall bersih. Kitchen
and tempat basuhan pinggan mangkuk bersih. If bawak anak kecil pon selesa la.
Overall:
Food: sedap kena tekak aku.food
yang tak habis boleh bungkus bawak balik boleh amik plastic bungkus yang
disediakan. Tapi layan diri la.
Menu malam tu:
Siakap stim – Rm 42.24 (yg ni aku
rasa mahal, ikan agak besar so sedapkan hati ok la kot)
Ketam masak cili – RM 30.38
(untuk tiga ekor gemuk2).. baru sedar ketam 10 inggit sekor.. oh mai
Udang size A (butter prawn – RM
18.90 (5 ekor)
Kerang bakar – (kerang gemuk – RM
6)
1 jug jus tembikai – (jug kecik –
RM 15.. pekat tapi mahal woi)
Cendawan goreng – (cendawan masak
tiram – RM 4)
Nasi puteh – (2 pinggan – RM 2.40)
Kebersihan: tak terserempak
dengan kejadian atau benda-benda yang kotor so aku cukup puas hati.
Harga: bila compare dengan
Melaka. Melaka lagi murah and puas hati.
ermm tanya diri sendiri mahal ke tidak? ni campur duduk kat saung |
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.