Bercuti di Pulau Langkawi 4 Hari 3 Malam

Plan untuk bercuti bersama rakan-rakan di Pulau Langkawi memang dah lama kami bincang. Oleh sebab masing-masing belum pernah jejakkan kaki ke sana kecuali Endi. 

Kami bersetuju untuk explore keindahan Pulau Langkawi bersama-sama, buat pertama kali. Dalam fikiran dah terbayang seronoknya.

Awalnya agak berat hati nak join sebab hanya aku sahaja yang bawa anak kecil. Bukan apa risau keadaan aku yang ada anak kecil akan menyusahkan kawan-kawan. 

Tapi selepas dipujuk dan diyakinkan oleh Kak Salina maka tercapailah percutian impian 4 hari 3 malam kami bersama. 

cable-car-langkawi


Bercuti di Pulau Langkawi 4 Hari 3 Malam 

Pulau Langkawi jadi pilihan atas faktor kecantikan alam semulajadi, tempat tarikan pelancong dan nak borong coklat di Kompleks Haji Ismail Group (HIG). 

Sebelum kami pergi habis semua blog kami baca untuk dijadikan rujukan. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Ha gitu. 

Overall pengalaman bercuti di Langkawi memang super-duper best ditambah lagi aku pergi bersama kawan-kawan yang satu kepala. 

Bersyukur sangat kawan-kawan tidak pernah buat aku terasa sebab lambatkan perjalanan mereka. Faham sajalah ada anak kecil.

Oleh sebab pertama kali datang dan ada anak kecil aku pilih aktiviti yang kurang mencabar tapi masih lagi menarik untuk pergi. 

Untuk aktiviti air, kami ambil pakej Island Hoping dan selebihnya kami melawat tempat-tempat bersejarah di Langkawi. 

Aku nasihatkan untuk yang nak bercuti ke Langkawi supaya buat persediaan awal dan pilih tempat yang memang korang nak pergi. 

Kalau suka aktiviti air mungkin boleh tambah pakej snorkelling. Tak sempat nak buat semua benda kalau pergi 4 hari, jadi kena pergi satu minggu agaknya. 

Kami book tiket ke Langkawi setahun awal dari tarikh kami pergi. Kami pilih Air Asia sebab masa tu ada promosi untuk perlancongan domestik. 

Alhamdulillah perjalanan dengan Air Asia berjalan lancar. Tak berdepan situasi delay dan prosess check in sangat smooth. 

Bercuti-di-Pulau-Langkawi


Urusan Sewa Kereta, Bercuti Di Langkawi

Untuk memudahkan pergerakkan kami di Langkawi jadi kami bersetuju untuk sewa kereta untuk setiap keluarga. 

Kawan cadangkan untuk ambil perkhidmatan sewa kereta di jeti Langkawi memandangkan sebelum ni dia pernah book kereta di sana dan tiada masalah. 

Malangnya pada hari tersebut nasib tidak begitu menyebelahi kami. Pemilik kereta kenakan caj tambahan RM20 kerana kami tukar lokasi pemulangan kereta iaitu destinasi akhir kami di Lapangan Terbang. 

Kalau ikut perbincangan dalam telefon sepatutnya tak wujud pun caj tambahan, dan malas nak panjangkan cerita kami setuju je bayar kos tambahan. Aku pilih kereta Viva untuk keluarga kecil aku. 

Sewa harian ialah RM50 (harga market RM60), rasa gembira sebab dapat murah tetapi pemilik kereta suka buat surprise beri syarat tambahan dan perlukan kami bayar lebih. Sudahnya jadi lebih mahal. 

Pakej Island Hoping Pakej Pusing Pulau

Pakej Island Hoping yang kami ambil termasuk melawat Tasek Dayang Bunting, aktiviti Eagle feeding dan bercanda di Pantai Beras Basah. 

Sempat juga pemandu bot tunjukkan Gua Kelawar yang sepatutnya tiada dalam pakej dia tawarkan. Kira bonus la dapat tengok tempat tidur kelawar. Lol. 


gua-kelawar-island-hoping



Kami ambil keputusan untuk sewa satu bot supaya lebih privacy dan tidak terkejar-kejar dan keputusan itu berbaloi ya. 

Nasihat aku supaya bawa bag kalis air dan isi dengan tuala, makanan dan air mineral. Perhentian pertama kami ialah aktiviti Eagle Feeding. 

Pemandu bot akan bawa pelancong ke kawasan untuk melihat burung Helang mencari makanan. Enjin bot dimatikan dan pemandu bot akan mencampak makanan ke dalam air laut. 

Pengalaman melihat burung Helang terbang di langit dan terbang menangkap makanan merupakan pengalaman baru buat kami. 

eagle-feeding-island-hoping



Seterusnya, pemandu bot turunkan kami di Pantai Beras Basah untuk kami menghayati keindahan Pantai. Pasirnya yang putih dan air laut yang hijau memang cantik. 

Dekat sini ada kawasan untuk ambil gambar, boleh mandi dan ada kedai menjual cenderamata dan makanan. 

Pantai-beras-Basah-Langkawi



Kami tak mandi dan sekadar bergambar buat kenangan. Dekat sini ada monyet yang sentiasa bersedia untuk mencuri plastik makanan pelancong. Hati-hati.  

Seterusnya kami singgah ke Tasik Dayang Bunting yang terkenal dengan sejarahya. Rupa-rupanya kami kena menapak hampir 15 minit dari jeti kami diturunkan. 

Kawasan agak berbukit dan tidak sesuai untuk warga emas dan kanak-kanak bawah satu tahun. Selepas penat mendaki, kena tempuh jalan bertangga barulah akan sampai ke Tasek ini. 

Tasek-dayang-Bunting



Korang boleh mandi, main permainan kayuh bot beroda besar dan juga berehat menghayati keindahan alam. 

Aku dan suami tak mandi, tak main permainan air dan hanya melayan anak sambil makan. Penakut nak mandi sebenarnya sebab tak reti berenang. Seram lah. 

Jangan risau jaket keselamatan akan diberikan jadi confirm akan terapung dalam air tu. Keindahan landscape memang tak boleh dipertikaikan. 

mandi-Tasek-dayang-Bunting


Yang aku tahu, tasek Dayang Bunting terkenal untuk pasangan yang berusaha untuk dapatkan cahaya mata, katanya bila minum air di Tasek Dayang Bunting ni akan dikurniakan rezeki mengandung dengan izin Allah. Wallahualam. 

Hotel Di Pulau Langkawi

Ikutkan jadual banyak aktiviti kami habiskan masa berada di luar jadi kami pilih hotel ekonomi sekadar untuk tidur. 

Kami pilih untuk menginap di Hotel Bahagia yang terletak di Pekan Kuah. Hotel yang tepat kerana jarak yang dekat dengan tempat shopping. 

Hotel-di-Pulau-Langkawi



So far berpuas hati dengan keadaan hotel yang bersih, makanan yang boleh diterima tekak dan perkhidmatan lain yang tidak menghampakan. 


Menariknya, berdekatan dengan hotel ialah restoran yang menyajikan makanan Thailand yang popular di kalangan pelancong iaitu Restoran Wan Thai. 

Berbaloi dari segi rasa dan harga. Korang patut cuba kalau dah sampai Langkawi ya. Untuk aktiviti membeli belah, kami khaskan satu hari untuk membeli belah. 

Ada dua tempat yang kami letak dalam itinerary iaitu Kompleks HIG dan juga Idaman Suri. Sehari sebelum tu kami sempat masuk sekejap untuk buat perbandingan harga. 

coklat-HIG-langkawi


Ambil keputusan untuk beli coklat dia HIG sebab harga dan pilihan lebih banyak dan beli alatan seperti kuali (Pemanggang ajaib tengah popular masa ni) dan pisau di Idaman Suri. 

Memang rambang mata dan kena luangkan masa yang lama untuk dua tempat ni ya. Punyalah aku sukakan Langkawi dan pernah berangan nak ada resort tepi pantai dekat sini. 


Food Hunting Di Pulau Langkawi

Kalau datang Langkawi memang tak sah kalau tak makan laksa tepi pantai. Antara pot makan laksa yang kami tertarik nak cuba ialah gerai Laksa Power. 

Pengalaman yang akan kurang menyenangkan sebab ramai sangat pelanggan masa kami datang jadi servis sangat perlahan. Harga boleh tahan mahal bagi aku. 

Untuk lunch sila pergi ke Restoran Jom Ikan Bakar yang terletak berdekatan dengan Airport Langkawi. Boleh waze je nama restoran tu. Sedap nya tak tipu. 

Segala jenis lauk ada dan harga sangat berpatutan. Berbaloi sangat walau terpaksa beratur, dan makan dalam keadaan cuaca yang panas. 

Melawat Tempat Bersejarah di Langkawi

Tak sah kalau datang ke Langkawi tapi tak pergi ke Cable Car. Banyak pakej yang disediakan jadi buat pilihan bijak. 

Oleh sebab tak cukup masa jadi kami hanya naik Cable Car. Kagum dengan kecantikkan pemandangan kat atas tu. Untuk orang gayat, beranikan diri sebab berbaloi sangat untuk dijadikan kenangan. 

Bercuti-di-cable-car



Lokasi kami seterusnya ialah melawat Makam Mahsuri. Pengalaman melawat rumah yang penuh dengan barang dan fakta menceritakan kisah Mahsuri di Langkawi. 

Orang yang sukakan sejarah pasti akan seronok untuk explore. Penat weh banyak rumah bersejarah korang boleh masuk. 

tempat-menarik-langkawi



Kawan-kawan sempat singgah di Telaga Tujuh, kami bercadang untuk mandi tapi terpaksa ubah rancangan sebab tengah musim kemarau. 

Air terjun pun kering. Nak sampai ke Telaga Tujuh kau orang kena mendaki bukit. Pendakian ke atas tu memang perlukan stamina. Awal-awal lagi aku tarik diri.

Petang tu kami berhenti di Gamat Nusantara untuk beli barangan berasaskan gamat seperti minyak panas, ubat-ubat tradisional dan minyak angin. 

Aku hanya tunggu dalam kereta sebab cuaca terlalu panas. Kasihankan Ikhwan takut demam. Pass tanggungjawab kepada suami untuk beli untuk dijadikan sebagai buah tangan untuk keluarga. 

Kami juga sempat singgah di Beras Terbakar.  Pergi sekadar nak tahu tempat tu macamana. Dalam cuaca panas terik and kemarau, memang terasa penat betul sebab perlu melalui kawasan berkanvas untuk sampai ke sana. 

Sepanjang berjalan tu ada banyak gerai dibuka. Boleh lah shopping. Don’t expect too much sebab kawasan beras terbakar tu kecil sahaja. Kalau tiada papan tanda pasti aku tak tahu. 

Sepanjang 4 hari 3 malam berada di Pulau Langkawi merupakan pengalaman manis yang tak mungkin aku lupakan. 

Memang tak cukup masa sebenarnya dan banyak lagi tempat menarik kami tak sempat nak pergi. Dah rancang untuk next trip nak cuba naik Fire Fly dan bawa mak datang ke sini. 

Semoga impian nak ke sini sekali lagi dipermudahkan Allah.  

Ulasan