Sengaja aku kongsi dalam blog dengan tujuan bila aku kelak aku akan ingat kejadian yang berlaku ni.
Gambar dibawah adalah kesan kejadian kereta di langgar oleh budak flat Wangsamaju.
Masa ni kami rezeki kami masih menyewa di Flat Wangsamaju Seksyen Satu. Anak baru satu, Ikhwan baru dua tahun.
Kereta Baru Beli Dah Kena Langgar
Kisahnya pagi Ahad, 22 September 2013 jam sekitar 4.00 pagi. Mangsa adalah kereta baru kami (Perodua Alza) yang dibeli semasa Aidilfitri lepas.
Orang kata bau kilang masih ada la. Ditakdirkan harta dunia kami telah dilanggar oleh budak sekolah atau dah tak sekolah berumur 16 tahun yang katanya nak elak langgar lubang di jalan.
Yang hairannya, apa budak sekolah ty buat jam 4 pagi dekat luar? Patutnya dia di rumah. Bawak motor laju dan langgar kereta orang pula tu.
Kami parking di tepi jalan, boleh nampak dari tingkap rumah. Begitulah kalau duduk di kawasan flat. Tiada parking khas disediakan.
Kereta tu kemek dan teruknya tu sampai tahap sakit hati nak pandang. Dimasukkan ke workshop perodua dianggarkan dua minggu lagi baru dapat berjumpa.
Kos selepas siap dibaiki dalam enam ribu ringgit claim Insurance. Patah kaki la kami selama dua minggu. Bayangkan segala urusan dan kesusahan tanpa kereta.
Selain kemek nombor plat pon tercabut. Tak terbayang betapa kuatnya budak tu menghentam kereta kami dengan motor dia.
Terperanjat Tak Sangka Kereta Kena Langgar
Mujur pagi tu jiran ada kenduri kahwin, diaorang berjaga untuk pasang khemah kenduri. Masa kejadian lepas dengar je bunyi dentuman, terus berkejar tengok.
Macam biasa bila bersalah memang budak tu nak larikan diri. Seorang kawan dia jatuh dan lutut berdarah.
Boleh plak yang bonceng tinggalkan kawan. Lepas kena tangkap baru budak tu menyerah diri. Jiran ketuk pintu rumah dan Zam turun selesaikan.
Jantung berdenyut-denyut turun bawah. kejutkan Ikhwan. Ikhwan kata car koyak. adoi. Tapi kami tak la melatah. Entah apa yang menahan kami dari terus marah-marah.
Orang ramai kerumun tunggu Suami naik tangan. Yang lain nak tumpang belasah. Ikutkan memang dah lama orang dendam dengan budak-budak yang selalu buat masalah ni.
Budak-Budak Bermasalah - Salah Siapa?
Bawak motor laju-laju, buat Superman la, pacak motor la. Masa proses nak selesaikan pergi rumah mak budak tu dengar la perbualan mereka.
Abang dia sempat marah-marah kata budak tu ambil ganja. Budak bermasalah dalam keluarga. Aku kasihankan masa depan dia. Kasihan kan mak dia. Moga dia dapat petunjuk.
Tapi dasar tak sedar di untung. Bila buat laporan Polis mereka berdalih dan bermacam alasan diberi. Macam dah biasa lari dari masalah mereka terlepas.
Apa kami buat? Berserah pada Tuhan. Sungguh hati tak kuat tapi kami yakin Allah sebaik-baik Perancang. Hukuman? Tunggu Allah hukum kau.
Banyak yang kami belajar dari kejadian ni.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.