Selagi ada nyawa selagi tu tanggungjawab terhadap mak tak akan habis. Semalam balik dari Pahang terus ke rumah kakak di Puncak Alam.
Berkumpul dan akak sulong ada cadangan supaya mak untuk cuba rawatan sonotron. Pertama kali dalam hidup aku dengar perkataan Sonotron. Today, google then ini dapat aku share.
Info Rawatan Terapi Sonotron & Lokasi
"Rawatan Terapi Sonotron merupakan rawatan bebas pembedahan kerana dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi.
Terapi sonotron memberi kelegaan serta-merta tanpa penggunaan ubatan atau dadah. Menggunakan teknologi Amerika Syarikat, mengeluarkan PANCARAN DISCAJ KORONA BERFREKUENSI RENDAH (0.43 MHz)"
Berdasarkan pembacaan, anda boleh mencuba rawatan Sonotron sekiranya mengalami:
- Stroke
- Gout
- Asma (Lelah)
- Bronkitis (terutama kanak-kanak)
- Sakit Tekak/Batuk
- Kayap/Ekzema/Kudis
- Sakit Pinggang/Pinggul
- Sakit siku/jari/lengan
- Migrain
- Angin ahmar (Strok)
- Resdung
- Sakit sendi lutut
- Kaki terseliuh
- Bengkak pada tapak kaki"
- luka
- ulser
- Masalah kulit/ jerawat
Rawatan sonotron
diperakui selamat oleh pengamal perubatan. Ia tidak meninggalkan sebarang kesan
sampingan, selain pesakit akan berasa lemah selama beberapa jam selepas jam
menjalani rawatan. Bagaimanapun ianya hanyalah sementara dan pesakit akan
bertambah pulih. insyaAllah.
Oleh sebab emak aku menghidap penyakit Gout yang agak kronik jadi kami nak cuba sebagai ikhtiar. Tak takut sangat memandangkan cara rawatan hanya secara luaran.
Boleh baca pengalaman aku bawa emak cuba rawatan Sonotron di Pusat Terapi Sonotron Shafa Taman Sri Gombak
Kos rawatan:
Dari apa aku baca kos kebanyakkan dari range RM30 ke RM200 mengikut sesi. Setiap sesi dianggarkan selama 15-30 minit. Kena kerap buat baru nampak hasil.
Lokasi: Sila call dan buat appointment dulu lagi bagus.
Pusat Terapi Sonotron Shafa
Physical Therapist
Address: 57, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Phone:+60 3-6189 0757
Facebook : https://www.facebook.com/Sonotronshafa1/
Durian Tunggal Melaka.
Panmedic Sdn Bhd,
A-3-12, 8 Avenue PJ, Pusat Perniagaan Seksyen 8, Jalan Sungai Jernih 8/1, 46050, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 60-3-7954 3622
Fax: 60-3-7954 1622
AN-NUR SPECIALIST HOSPITAL
No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 8926 6060 | Fax: +603 8926 6067
Klinik Keluarga Dr Hj Mohd Khadzali
No. 3, Rumah kedai, Jalan AU 5C/K, Ulu Kelang, Ampang, 54200 Kuala Lumpur
03 - 41083716
Isnin – Khamis (9pagi-1tgh, 5ptg-7mlm, 8.30mlm-11mlm), Jumaat (9pagi-12tgh, 5ptg-7mlm, 8.30mlm-11mlm), Sabtu (9pg-1tgh)
Klinik Dr Fauziah,
NO 15, JALAN 2A/1, OFF JALAN ULU YAM BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A, 68100 BATU CAVES,
SELANGOR
Tell: 03-61890753.
Klinik tu buka setiap hari kecuali hari Ahad.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.