Perkembangan Ikhwan Hafeez Menuju 2 Tahun

Assalamualaikum. Tadi blogwlaking dan terbaca kisah satu blogger cerita pasal perkembangan anak dia. Fuh terus seram sejuk dan gusar tak tentu hala. 

Mulalah perasaan tu nak membandingkan perkembangan anak orang dengan anak sendiri. Risau, almaklumlah anak pertama. 

Perkembangan Ikhwan Hafeez Menuju 2 Tahun

Ini namanya unnecessary stress. Gelakkan diri sendiri. Ikhwan Hafeez dah nak masuk 1 tahun 9 bulan. Ya Allah cepat betul dia membesar, rasa macam baru semalam lahirkan dia ke dunia. 

Jadi alang-alang tu aku pun semak-semak la apa patut aku tahu dekat website PAMA


Perkembangan Bayi 2 tahun



Perkembangan Kanak-Kanak 12 hingga 24 bulan


Senarai yang boleh ibu bapa beri perhatian jika umur anak mencecah 12 bulan sehingga 24 bulan. Ini adalah berdasarkan kajian, dan jika ada yang belum anak-anak mampu buat kena bawa bertenang. 

Setiap anak berlainan perjalanan mereka. 

Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
Ikhwan pandai sebut banyak perkataan dah Cuma belum pandai gabung dua perkataan.

Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.  
- Kalau nak makan Ikhwan dah pandai amik alas tikar rasanya dia faham dan focus dengan perkataan yang keluar dari mulut aku.

Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
- Alhamdulillah Ikhwan akan cari dan selak halaman buku untuk tunjuk objek yang dia kenal.

Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
- Masih lagi nak stabilkan diri. Setiap kali balik mesti nak naik tangga sambil aku pegang tangan. Sambil langkah dia sebut Allah. Comel.

Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
- Ok lulus.
Sudah pandai melukis.
- Salah aku takut nak kasi dia main pen. Takut tercucuk mata. Pasni boleh beli dah colour untuk dia.

Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu. Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.
- Ikhwan memang ada set pinggan makan dia. Nak belikan yang baru je pasni.


perkembangan Bayi menuju 2 tahun



Setakat ini Alhamdulillah. Dah ada ilmu kena amalkan. Baru anak satu camni tanggungjawab. Kalau anak sepuluh? Sepuluh kali aku kene monitor. 
Nak tengok perkembangan anak, kene tengok 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. 

1.    Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. 
Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

2.    Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. 
Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”

3.    Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. 
Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.

4.    Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. 
Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. 
Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

5.    Perkembangan Estetika dan Kreativiti 
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. 
Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. 
Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. 
Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.

Ulasan