Percutian Ke Gold Coast Morib
Pagi tadi dalam tren akak aku
yang sulong tanya pasal price hotel yang aku stay masa bercuti dengan group
“Europian fstepian cunz” kat Morib last month.
Kerlass kan nama group kat
whatsapp aku tu..hihiih later leh cite pasal diaorang dalam entry lain. Aku
ingat-ingat lupa plak bila aku pergi
hahaha.
Pergi bercuti sebab nak menenangkan jiwa plus memang akan ada activity bersama
group. So after discussion and suggest few places akhirnya pergi ke tempat yang
dekat, santai dan yang penting boleh lepak dan berborak.
Sebelum pergi dah baca-baca
pengalaman yang stay kat Gold Coast Morib ni. Memang ada pengalaman buruk dan
ada yang seronok bercuti kat sana.
For me pulak tak boleh nak expect yang
superb la since bayar pon tak da la mahal sangat. Sedang-sedang je.
Owh pakej ni kitaorang amik yang
promotion punya; so dapat dinner, breakfast, and water theme park pass for two.
Harga total bayar RM 190++. Murah lah kan? Sebab baru check website tadi harga dah
naik ke RM250.
Hotel – room – Studio Suite
Bilik yang aku dapat sebijik
dalam website. Cantik siot, katil best, standard la yang ada TV, peti ais
kecik, bantal extra etc. Paling the best is jakuzi dia. Sangat terpesona.
Hahahhaha. Kat rumah tak de so amik kesempatan la.
Berendam dalam jakuzi. Bilik
aku level 1 menghadap theme park dia. Start check in memang Ikhwan tak senang
duduk nak terjun dari bilik.
Memang meriah dengan kanak-kanak. View malam
memang tenang tengok air kolam. Fiuhh best.
Food
Memang penting kene makan food
yang sedap semasa bercuti. Alhamdulillah even tak banyak sangat buffet choices
masa dinner still kenyang. Breakfast memang awesome. Makan pun menghadap laut.
Lot of choices.
Cuma masa breakfast kat depan
pantai tu lalat banyak bila orang start turun makan. Ok geli. Tapi bagi yang
turun awal macam aku around 7 am lalat tak de, lalat tak bangun lagi.
Hahhahaha.
Water theme park
Tak banyak pun mainan dalam theme
park tu tapi dah cukup buat aku yang penakut ni. hahahha aku rasa pertambahan
usia kot aku jadi penakut.
Tak berani yang tinggi-tinggi ni. Ikhwan tak payah
cakap la. Even dah kecut pon still tak mau naik.
Pantai Morib
Memang tak jauh dari tempat
kitaorg hotel, 5 minit je kot. So petang after check in melepak la di pantai
minum-minum sambil tunggu nak maghrib and dinner. Dinner malam tu sungguh naseb
baik sebab after selesai je makan tetibe bau busuk tak ingat.
Memang dah jangka
akan ada bau busuk tu so cepat-cepat lari balik bilik. Mujur sliding door
tutup. So memang tak masuk bau.
So far itu la keburukan dia. Busuk tak leh nak
describe rasanya dari kandang haiwan. Tak bernafas. Balik dinner tengok tivi
and tidur.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.