Apa yang berlaku dalam hidup aku dari aku pandai berfikir sampai lah semalam banyak mengajar aku tentang kehidupan, harapan dan juga kepercayaan. Ada prinsip yang aku guna dulu; jangan berharap pada manusia, kerana manusia akan membuat kita kecewa, jangan berharap pada duit, sebab duit tak akan pernah cukup. Tapi berharaplah pada Allah. Kerana hanya Allah yang layak membalas apa yang kita harapkan dan lakukan. Tempat terbaik untuk meminta dan berbuat baik.
Syurga itu Mahal Harganya
Memang sakit bila berharap pada manusia, sakit sangat bila rasa apa yang kita buat dengan harapan manusia lain faham dan buat yang terbaik seperti kita juga.
Tapi manusia itu tak sama, tak sempurna. Antara satu sama lain tidaklah sama. Ada jurang perbezaan dan mengakibatkan kekecewaan.
Apa yang perlu di ingat dalam setiap perkara, bila kita mula berkorban contohnya kenalah pahatkan dalam hati apa yang kita korbankan; kewangan, jiwa raga, perasaan segalanya.
Hanya kerna Allah kita lakukan.
Jangan Berharap Pada Manusia
Untuk mendapat keberkatan, balasan di akhirat dan keberkatan. Bukan kerana seseorang manusia. Sebab manusia tu lemah. Tak ada kuasa nak balas apa yang kita korbankan.
Sama juga dalam kehidupan suami isteri. Bila isteri masak, mengemas rumah, basuh baju, angkat baju dan macam-macam lagi janganlah berharap suami faham kepenatan isteri sepenuhnya.
Niatkan dalam hati, itu adalah ibadah. Mendapat pahala; syurga itu mahal harganya.
Kalau boleh jauhkan perasaan tidak adil, dan kenapa hanya isteri sahaja yang berkorban buat yang terbaik untuk rumah tangga? Anggaplah apa yang isteri lakukan untuk mendapat nikmat syurga kelak.
Jika suami gagal beri apa yang kita harapkan, sejukkan hati dengan istigfar. Allah Maha Mengetahui. Banyakkan berdoa. insyaAllah. Pengajaran untuk aku juga.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.