Owh sangat excited harini sampai 3 entry aku publish. Akibat sindrom terajin camni la, kalau datang angin Malas memang terbengkalai la blog ini rasanya. Orang disekeliling dah excited nak sambut puasa dan kalau perasan now dah naik banner untuk jualan hari Raya.Orang lain excited tapi aku agak kecut perut la. Mana tak nya EDD aku insyaAllah 5 hari pas raya tahun ni. Manala taw anak aku nak kuar awal sambut raya, tak dapatlah nak merasa ketupat rendang air tangan mak aku. wa mau tunggu lagi setahun nak merasa. Sob3 menangis.
Puasa Datang Lagi
Tadi tengah leka-leka dapat la email dari kawan aku ni. Jadual waktu berbuka dan imsak. Jerit-jerit tengok waktu berbuka. Awal-awal puasa bukak 7.30 malam.
Berdoa sangat aku dapat berpuasa penuh tahun ni. Tolonglah Ya Allah. Baby kena tolong mama ok. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Fiuh.
Ok malas nak mengomel lagi so layan jela table kat bawah ni. Mana yang belum habis ganti puasa aku doakan korang dapat tunaikan tanggungjawab itu dengan jayanya.
Masih ada waktu ok. sebelum tu, jangan marah yer..ni waktu berbuka untuk orang KL, Putrajaya and Labuan je. yang negeri lain aku tak dapat lak. nanti ada aku postkan la pulak.
utk org KL & Putrajaya sila amik perhatian |
(utk org Labuan) |
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.