Salam. Pagi isnin bukan nak melampiaskan kemarahan kat semua orang Cuma nak share kesakitan mata dan hati bila diri yang tak berdaya ini dianiyai..arhh pasrah. Ayat intro tak boleh blah nak minta simpati.
Apa yang aku ceritakan kali ni sebenarnya dah banyak kali sangat berlaku kat aku. tak kira pagi-pagi waktu nak g kerja or balik kerja. Sama je.
Macam semua dah taw, aku si owner blog ni tengah mengandung anak pertama. Kandungan sekarang mencecah 34 minggu atau dlm erti kata lain 8 bulan 2 minggu mengendong bayi dalam perut.
Apa yang aku ceritakan kali ni sebenarnya dah banyak kali sangat berlaku kat aku. tak kira pagi-pagi waktu nak g kerja or balik kerja. Sama je.
Luahan Ibu Mengandung Kali Pertama
Siapa-siapa kat luar tu yang tak pernah mengandung dan tak mungkin mengandung – lelaki of cos – percayalah yang mengandung ni betul-betul memerlukan kekuatan yang banyak. Diulangi BANYAK.
Kenapa banyak? Ada peringkat dimana di awal kehamilan si ibu mengalami alahan yang teruk. Asyik-asyik muntah, tak lalu muntah, tak dapat berjalan dan sampai masuk hospital. Ada yang menanggung penyakit baru seperti diabetes dan darah tinggi.
Ada yang selalu kena jumpa doctor, check darah, dan macam-macam ujian lagi. dan bila dah semakin hampir dengan hari yang dinanti-nantikan macam-macam kesakitan yang perlu ditanggung.
Macam aku sekarang ni; sakit pinggang, pinggul, bengkak peha, celah kangkang, perut keras-keras. Semua sekaligus datang.
Bila malam tak boleh tidur dengan nyenyak. Haishh baru tahu seksanya mengandung dan bertambah derita bila anak tak mengenang jasa. Aku doa sangat anak aku jadi anak yang soleh/solehah. Amin.
Ok kenapa aku membebel panjang-panjang? Sampai last paragraph baru nak cerita main point is aku tak puas hati dengan pengguna LRT yang sihat segar bugar yang tak bagi aku duduk. Even lelaki.
Ada yang duduk, baca buku then pandang aku kemudian buat tak tahu. Kurang hajar. I hate you all. Kan aku dah emo. Hahahahha ok tak semua tak bagi tapi banyak kali jugak la merasa kaki kejang and sakit pinggang.
Kesimpulan
Tolonglah hargai, hormati, kasihi ibu mengandung. Tunjukkan rasa simpati kalau nampak di tempat awam. Kami terseksa setiap masa tahu tak.
kejam manusia2 tersebut tak bagi tempat duduk kat ibu mengandung...perut ko comey sgt tu..:)
BalasPadam