Alhamdulillah, berkesempatan untuk check up mengandung lima bulan di klinik swasta. Harini Qaseh dah cukup lima bulan (19/04/2011) ikut pengiraan doctor.
Sungguh teruja nak scan tengok perkembangan dia dalam perut mama ni. Kami sepakat nak panggil anak dalam kandungan, Qaseh.
Suami bawa ke Klinik Alam Medic seksyen 1 Wangsamaju. Memang aku recommend kat semua ibu mengandung datang sini sebab doctor bagi consultant sangat la terbest skali.
Cukup info akhirat dan duniawi. Terharu sangat bila nmpak Qaseh gerak-gerak dengan aktifnya. Doctor cakap Qaseh dah mula mendengar, so kena ajar/ bagi Qaseh dengar perkataan yang elok-elok je.
Check-up Mengandung Lima Bulan Di Klinik Swasta
Perkataan pertama yang wajib bagi anak dengar ialah Allah. Haruslah elakkan mulut dari mengeluh, mengata, dan bercakap benda yang tidak senonoh. Nanti bila keluar anak mengikut apa yang kita selalu cakap masa mengandung.
Doctor tu bagi sedikit tazkirah, sbb ni anak pertama and if tengok saiz kami suami isteri (macam budak lepasan sekolah) ni memang la kecik. So dia basuh cukup-cukup sebagai bekalan.
Doktor nasihatkan dalam otak kena target 10A atau seberapa banyak A yang kita nak untuk anak yang bakal lahir.
10A untuk SPM. Sambung lagi tentang amalan yang perlu, surah-surah yang bagus dibaca oleh ibu mengandung, dan macam-macam lagi lah.
Aku awalnya dalam otak confident la SPM stand for Sijil Pelajaran Malaysia, memula terfikir la duniawi sungguh kan nasihat doctor bagi, but then after 10 minutes dia repeat SPM baru doctor explain SPM stand for SAHAM PADANG MAHSYAR.
Astagfirullah. Malu sekejap. Pastu dia explain la lagi, A yang pertama is Allah. So semua amalan, apa-apa zikir mesti ingat Allah, A kedua untuk Amal.
Dan dia suh aku fikirkan A seterusnya untuk anak aku nanti. Ikutlah if nak anak cemerlang 5A ke, 6A ke.
Aku memang respect habis kat doctor ni. Dahla pandai, ingat Allah, tugas mulia bantu orang sakit, buat amal menyebarkan ilmu. Alhamdulillah bersyukurnya bertemu orang begini.
Doctor juga nasihatkan supaya aku ajar Qaseh 1 word 1 day. Wah jadi cikgu sudah. Hiihihi
(ni dapat dr web nih info Baby comel & ibu mithali)
Overall checkup berjalan lancar. Saiz, perkembangan baby baik-baik sahaja. Oh ya, kami decide panggil baby dalam perut dengan nama Qaseh. entah sebab suka.
bestnye....demi Qaseh jgn fikir bukan2 ye n jgn mrh2 ye...okey mummy?
BalasPadamInsyaAllah.cik Aisha..sedang melatih diri n Qaseh supaya bersabar...wink3
BalasPadam