Harini hari jumaat penuh kemuliaan sepatutnya aku bersemangat ni separa lemau je. Ok tadi dalam train bersama suami memang la semangat.
Dah masuk kerja ni sorang-sorang hilang semangat tuh. reply kawan2 takda plak yang membalas lagik. Serius stress ni. Adehla.
Nak menyembang dengan orang sebelah pon mood tak datang lagik. So berdiam dulu. Simpan cerita hot semalam yang aku lalui. Saat getir melarikan diri. Tak hingat takut.
Sampai buntu tak tahu nak lari kemana. Mujur semalam berteman, if aku balik kerja sengsorang mesti meroyan tunggu suami balik. Risau bagai.
Pengalaman Menakutkan Berhadapan Bencana Alam
Ceritanya begini: elok-elok semalam sampai wangsamaju dalam kul 6.30 petang hujan dah start turun dengan lebatnya. Angin toksah cakap, memang kuatla.
Mulut kumat kamit baca apa yang patut. Baca untuk pelindung diri dan Qaseh. Memang plan dalam otak nak cari barang untuk mesin basuh sebab baju dah menimbun kat dalam baldi.
Nak beli barang-barang sikit untuk event ahad ni. Tapi kita merancang Allah yang menentukan. Tup-tup hujan teramat lebat then terus la menuju ke Carrefour seksyen 4 yang dekat dengan WangsaWalk tu.
Ingat nak stay dalam tuh dan lepak makan-makan, solat la. Baru je nak amik troli, tolak masuk main entrance suddenly air keluar dari cerobong/salur air.
Melimpah-limpah jatuh dari atas then kena makanan display kat situ. Memang kelam kabut la situasi.
Dah mak cik security jerit-jerit suruh selamatkan barang-barang then pekerja-pekerja department lain pon macam panik, gelabah tak tahu nak buat apa.
Lari Selamatkan Diri
Customer pon sibuk berlari bukan nak tolong tapi nak tengok apa yang kecoh-kecoh. Elok je air melimpah, pastu kat area jual barangan elektronik plak dilimpahi air.
Habis terkena TV yang terpasang, kelam kabut cabut dan angkat kat tempat lain. Serabut. Aku dan suami dah takut gile. Tak tahu nak buat apa.
Kang nak tolong kang kena renjatan elektrik sape nak bertanggungjawab, nak harapkan pihak cr4 memang tak boleh diharap (based on previous experience masa blackie dicabul tuh).
Dah merebak kat barangan elektrik then kedai-kedai kecik jual handphone plak air melimpah ikut celah2 corong tu. Mahu hysteria bos tengok handphone rosak.
Aku memang nak tengok, konon2 nak stay nak tangkap gambar bagai. Tapi memikirkan soal keselamatan kami bertiga, then risau blackie apa2 terus jalan laju2 nak keluar.
Buat2 la meletup ke cr4 ni, mati syahid je kang. On the way jalan laju2 dah nampak kat bahagian cashier air terjun dengan lajunya dari syiling. Sape2 penah masuk carre4 taw la dia punya bumbung ala2 gudang separa siap.
Secara jujurnya., keselamatan memang tak di utamakan. Mungkin pihak carre4 tak pernah bayangkan akan jadi seteruk ni, but then keselamatan tu memang penting.
Sampai kat parking area, air dah mula menitik dengan lajunya. Tunggu nak pecah je saluran paip yang tak berapa kuat tuh. then start enjin terus keluar.
Masa kitaorang keluar sempat jugak nasihat kan orang yang datang, tapi macam biasa la muka separa nak percaya, lantak korang la, kang berlaku kemalangan dalam carre4 aku tak tahu ye.
Hujan still lagi lebat campur kilat2, panik lagi sebab jalan-jalan dan dinaiki air. Banjir. Banyak keta u-turn dan langgar masuk jalan lain, kitaorang tak terkecuali.
Nak balik takut blackie kena hempap dek pokok if parking, nak pergi makan of cos banjir then jalan ke kedai pon banjir, then suami ajak masuk jaya jusco then parking atas sekali. Takut punya pasal.
Tapi tak bukak pula. Jadi akhirnya kami tawakal parking kat level 3 je.
Pergi solat then makan. Masih terngiang2 kat telinga suami cakap “ apa-apa je yang berlaku abang tetap sayang odie n Qaseh” terharu sangat. sebab masa tu ingat macam nak kiamat je.
ala-ala tsunami kecil pun ya. Hanya yang pernah mengalami akan memahami perasaan cemas tuh. Alhamdulillah semuanya ok selepas 1 jam.
Orang punya ramai datang JJ. Makan dan beli belah. Mungkin alami nasib yang sama sebab tu ramai-ramai berkumpul kat JJ.
Moral of the story, aku solat maghrib malam semalam seolah2 itu solat aku yang terakhir.
Sesungguhnya mmg bad experience la dgn carre4 camtuh. Alhamdulillah krg suma xapa2.Take care ye....
BalasPadamalhamdullillah~
BalasPadamtakut nak g c4 la...
BalasPadamaishah: Alhamdulillah selamat, but xtaw la carre4 tempat lain kan? ermm
BalasPadamcik bunga: syukur
Fifie: hati2 yang penting, dah xbrani if carre4 ade wat sale ke..tah2 barang2 yang kena air tu..